‘Rakyat berhak dakwa Perdana Menteri dapat wang secara haram jika Perdana Menteri jadi jutawan selepas dilantik’ – Mahathir

Berikut merupakan kenyataan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi blog chedet.cc:


PERDANA MENTERI JUTAWAN

Mahathir Mohamad

1. Biasanya Perdana Menteri tidak kaya. Jika dia kaya maka tentulah dia isytihar di waktu dilantik yang dianya memiliki kekayaan. Bahkan awal-awal lagi dia di kenal sebagai orang kaya, sebagai jutawan. Jika dia tidak dikenali sebagai orang kaya maka ini juga akan diketahui oleh masyarakat.




2. Tetapi apabila Perdana Menteri selepas menjadi PM menjadi jutawan, rakyat berhak mendakwa dia telah dapat wang itu secara haram.

3. Sebenarnya PM tidak boleh ada duit banyak. Penerimaan derma pun salah walaupun dengan ikhlas. Jika ada duit diterima, ianya untuk parti. Tetapi jika di masuk akaun peribadi, itu salah.

4. Jika di dakwa bahawa tokoh negara asing yang menderma untuk apa tujuan pun ia tetap salah. Ahli politik dalam negeri tidak boleh terima hadiah atau derma dari negara asing kerana ini memberi peluang kepada negara asing untuk campurtangan dalam politik dalam negeri.

5. Oleh sebab itu segala kekayaan Perdana Menteri yang didapati selepas ia menjadi PM hendaklah dianggap sebagai haram dan boleh dirampas oleh pihak yang berkuasa.

WAJIB BACA:

Pelantikan Muhyiddin terancang, Pilihan Raya Umum dijangka sebelum hujung tahun

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...