Rakyat disaran sertai Pemantau Malaysia Baru

Rakyat dijemput menyertai Pemantau Malaysia Baharu (PMB), sebuah badan yang diwujudkan khas bagi memantau perjalanan pentadbiran Pakatan Harapan.

Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam (Lokman Adam) yang juga ahli Biro Penerangan UMNO, akan menghimpunkan rakyat di setiap negeri bagi memantau perjalanan pentadbiran negara.

Lokman menyatakan bahawa Pakatan Harapan dilihat menguasai kerajaan dengan fitnah kononnya pentadbiran negara di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum ini menyebabkan masalah besar kepada ekonomi negara.

KUALA SELANGOR: Rakyat dijemput menyertai Pemantau Malaysia Baharu (PMB), sebuah badan yang diwujudkan khas bagi memantau perjalanan pentadbiran Pakatan Harapan khususnya dalam memastikan setiap janji-janji mereka ditunaikan.

Bagi maksud tersebut, Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam yang juga ahli Biro Penerangan UMNO, akan menghimpunkan rakyat di setiap negeri bagi memantau perjalanan pentadbiran negara.

“Seperti janji mereka mereka nak hapuskan tol. Nak selesaikan isu tol ini kerajaan terpaksa membayar pampasan kira-kira RM53 bilion. Kerajaan yang ada pada hari ini kita lihat dalam keadaan kucar-kacir.

“Saya yakin kerajaan yang ada sekarang akan melakukan kesilapan demi kesilapan dab pabila mereka silap, kita akan menentang habis-habisan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran PMB di Bandar Puncak Alam, di sini malam tadi.

Yang hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pengerusi PMB, Datuk Azwanddin Hamzah.

Pada masa sama, Lokman turut menyatakan Pakatan Harapan dilihat menguasai kerajaan dengan fitnah kononnya pentadbiran negara di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum ini menyebabkan masalah besar kepada ekonomi negara.

Sedangkan, hakikatnya Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim selepas empat hari Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dilapor menegaskan keadaan ekonomi negara dalam keadaan baik.

Malah, ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz turut mengesahkan rizab negara berjumlah RM438 bilion dan tertinggi dalam sejarah manakala lebihan akaun semasa berjumlah RM15 bilion.

“Kita nak tanya apakah dalam tempoh 21 hari pakatan mentadbir mereka boleh mencapai prestasi itu? Angka itu adalah hasil daripada pentadbiran negara di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini,” ujarnya.

Sumber: Utusan

Comments

Comments



Loading...