RAKYAT KAGUM DENGAN PRINSIP PEMIMPIN PARTI PEJUANG

Khairuddin Abu Hassan

رعيت كاڬوم دڠن ڤرينسيڤ ڤميمڤين ڤرتي ڤجوڠ

Keseluruhan rakyat Malaysia amat kagum dengan prinsip dan pendirian tokoh-tokoh pemimpin parti PEJUANG yang tidak mahu terlibat dalam perebutan kuasa politik buat masa ini tetapi hanya tumpu pada agenda membantu keseluruhan masyarakat yang terkesan dengan situasi pandemik Covid-19.

Wadah perjuangan parti PEJUANG hanyalah untuk melawan rasuah secara habis-habisan seterusnya menggerakkan gerak kerja kearah mensejahterakan penghidupan setiap rakyat di tanahair kita tanpa kira kaum mahupun agama.




Melalui kajian sikap yang dijalankan di Wilayah Persekutuan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir, Datuk Wira Marzuki Yahya, Datuk Wira Amiruddin Hamzah, Dato Seri Dr Shahruddin serta pemimpin-pemimpin lain amat positif di kacamata rakyat.

Kalangan tokoh-tokoh pemimpin keramat parti PEJUANG ini tidak kelihatan rakus kuasa ataupun untuk berebut kuasa politik.

Tokoh-tokoh pemimpin PEJUANG ini dikenali sebagai kalangan yang amat berprinsip serta konsisten berpaut pada pendirian untuk tidak bekerjasama dengan kleptokrats.

Semua tokoh-tokoh pemimpin PEJUANG hanya menasihati kami di peringkat akar umbi untuk fokus membantu menyelesaikan segala permasalahan rakyat yang benar-benar terkesan dengan dugaan pandemik Covid19 ini.

Sebab itulah tun dr mahathir mohamad yang secara kreatif dan bertanggungjawab menubuhkan Majlis Pemulihan Negara bagi membantu negara menyelesaikan segala permasalahan yang bersangkutan dengan pandemik Covid19, masalah politik, ekonomi, sosial serta pendidikan anak cucu kita.

Ini juga adalah satu daya-usaha ikhlas dan murni tun dr mahathir mohamad demi kepentingan rakyat Malaysia.

Walaupun tidak menandatangani sebarang bentuk MoU dengan pihak kerajaan; parti PEJUANG amat rasional dan tidak emosional.

Loading...

Apa saja bantuan yang diperlukan oleh kerajaan mahupun rakyat parti PEJUANG akan terus bekerjasama demi bagi membina semula Malaysia Baharu.

PEJUANG lebih menitik beratkan agenda membina semula Malaysia Baharu dari melibatkan diri dengan mana-mana pihak untuk berebut kuasa pada saat dan  ketika yang amat mencabar ini.

Atas dasar ini majoriti rakyat dari segenap kaum amat mengagumi prinsip perjuangan parti PEJUANG yang amat menitik beratkan kebajikan serta kesinambungan kesejahteraan penghidupan rakyat jelata.

WAJIB BACA:

MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...