
Zafrul Ismail
رعيت مليسيا دالم سيناريو ءجاتوه دتيمڤا تڠڬء
Sudah tiba masanya Perdana Menteri bukan pilihan rakyat perlu akur beliau telah GAGAL bersama menteri-menteri Perikatan Nasional dan perlu meletakkan jawatan. Kami rakyat menyuarakan dan sepenuhnya bersetuju slogan “Pulangkan Mandat Rakyat” harus dilaksanakan dengan secepat yang mungkin.
Ternyata kegagalan demi kegagalan kian menjadi dan rakyat jelata semakin merana dan pelbagai isu dihadapi dalam tempoh pandemik serta pentadbiran PN yang diketuai oleh Tan Sri Mahiyaddin sebagai PM. Pembohongan demi pembohongan dilakukan sehingga melibatkan nama sebenar beliau juga mula dipertikaikan. Ini juga termasuk manipulasi undang-undang dan perlembagaan yang dibuat sesedap rasa hanya untu mengekalkan kuasa dan mengaut keuntungan semata-mata.
Rakyat Malaysia dalam senario Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
Satu persatu Rakyat Malaysia diduga dan ada yang semakin sengsara terutama pada mereka yang bekerja di sektor swasta yang juga selaku salah satu faktor penggerak ekonomi negara pada suatu ketika dulu. Kini ramai antara mereka kehilangan kerja dari bermulanya PKP 1.0 pada Mac 2020 tanpa sebarang pampasan diberikan oleh majikan atas alasan memanjangkan keberlangsungan perniagaan. Semakin ramai yang diberhentikan kerja, diberikan pampasan mengikut kemampuan majikan dan bermulalah percaturan hidup mereka tatkala itu.
Mereka yang diberhentikan ini mula menggunakan duit simpanan sebagai modal perniagaan kecil-kecilan namun tetap akur tentang risiko untung dan rugi dalam berbisnes. Keadaan semakin keruh apabila satu persatu PKP(B/D/P) dan SOP diperkenalkan membuatkan rakyat semakin keliru atas hala tuju Kerajaan Bukan Pilihan Rakyat.
Mahiyaddin sedar atau tidak bahawa bantuan yang diberikan sememangnya tidak seperti yang dicanangkan dalam perutusan yang digembar-gemburkan dengan karakter Mak Cik Kiah? BSH? BPR? GKP? Bantuan bersasar tapi kebanyakannya ‘tersasar jauh’. Keadaan ekonomi yang semakin merudum dan kos kehidupan yang semakin meningkat menyukarkan lagi rakyat untuk bangkit semula. Pelabur asing kini mula mengalihkan operasi perniagaan mereka di negara jiran dan ternyata ianya mengakibatkan rakyat kehilangan kerja dan ia tidak saja setakat itu, komitmen pembayaran bulanan tempat tinggal, kenderaan, pinjaman perniagaan, pelajaran semua masih perlu dilunaskan.
Peratus B40 dan M40 kian meningkat di dalam jangka masa kurang daripada 2 tahun.
BENAR, rakyat pernah mendapat moratorium daripada pihak bank dan institusi kewangan namun tempoh masa yang diberikan adalah sangat terhad sampai ada yang terpaksa mencagarkan aset untuk meneruskan kehidupan. Tapi berapa lama? Mungkin sekarang ada yang terpaksa memegang status bankrup tanpa kerelaan.
Rakyat telah merayu untuk diberi peluang mengeluarkan duit caruman KWSP (iLestari, iSinar) yang dikumpulkan atas titik peluh sendiri tetapi namun ia juga sangat terhad cuma kepada mereka yang tidak pernah ataupun pernah dengan jumlah yang belum mencapai jadar maxima. Mungkin sekarang ada yang terpaksa menjual aset dan menggadai harta benda untuk meneruskan kehidupan?
Apa yang terjadi pada mereka yang bekerja tanpa caruman? Mendapat pendapatan atas konsep gaji harian. Ada juga majikan yang mengambil peluang untuk membuat pemotongan gaji namun tenaga dikerah 100% dan ada pula yang diugut dibuang kerja kerana cuba akur perintah kawalan kerajaan untuk membendung wabak Covid-19 ini.
Mahyiadin sedar atau tidak, pengorbanan kononnya ‘penangguhan gaji Menteri’ selama 3 bulan tidak sama dengan pemotongan gaji 50%-70% sepanjang tahun yang dialami rakyat jelata. Bunyi seperti ‘berkorban’ untuk rakyat tetapi sebenarnya masih ‘membebankan’ rakyat.
Mahyiadin sedar atau tidak, rakyat tahu latar belakang setiap seorang dari Menteri-menteri termasuk kamu juga dan senantiasa memerhati tindak tanduk kamu.
Kononnya mampu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi secara nyata mengaku tidak kompeten untuk menjaga rakyat Malaysia seramai 32 Juta ini. Kemampuan Mahyiadin kini dilihat sebagai pembaca perutusan yang sesinya dirakam tetapi dikatakan berwawancara secara langsung.
Rakyat Malaysia juga bersuara dalam tempoh PKP 3.0 ini setelah hampir tiada bantuan kewangan dihulurkan.
Barisan-barisan Menteri lantikan Perdana Menteri yang Bukan Pilihan Rakyat, anda semua juga dilihat dan diperhatikan gagal. Mana perginya semua barisan Menteri yang lain, Dos vaksin telah diberikan sepenuhnya, namun parlimen masih belum dilihat dapat bersidang kerana berselindung di sebalik Kerajaan Darurat dan ternyata Majlis Raja-Raja telah diadakan dan titah YDPA agar Parlimen dibuka segera namun ianya tidak dihormati oleh menteri-menteri PN. Jelas sekali bahawa PM bukan pilihan rakyat ini telah gagal dengan teruk bersama-sama menteri Perikatan Nasional dan adalah wajar beliau meletakkan jawatan dengan segera sekiranya beliau dan menteri-menteri PN cintakan rakyat dan mahu selamatkan negara daripada terus mundur dan diakhiri dengan kerugian lebih teruk.

