Rakyat meluat UMNO duduk dalam kerajaan, kesannya akan dilihat pada PRN

“Selagi Barisan Nasional kekal dalam kerajaan, pengundi muda akan makin meluat dan menolaknya pada pilihan raya umum dan negeri akan datang. Tonton juga penjelasannya DI SINI (KLIK DI SINI)

Raggie Jessy Rithaudeen

رعيت ملوات امنو دودوق دالم كراجأن، كسنڽ اكن دليهت ڤد ڤرن

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Bermula pilihan raya umum ke-12, Barisan Nasional menunjukkan pola perosotan ketara dalam perolehan kerusi disebabkan penolakkan pengundi Melayu-Islam, khususnya, pengundi kali pertama.

Sebelum undi-18 diluluskan, bila sebut golongan “pengundi Melayu-Islam kali pertama,”  kita lazimnya merujuk kepada mereka yang berusia 21 hingga 24 yang baru berpeluang mengundi.




Pilihan raya umum ke-12 berlaku pada tahun 2008, dan pengundi Melayu-Islam yang berusia 21 tahun pada ketika itu kini berusia 36 tahun, manakala mereka yang berusia 24 tahun kini berusia 39 tahun.

Andai kata pilihan raya umum ke-16 diadakan selepas lima tahun, jika dijumlahkan “pengundi Melayu-Islam kali pertama” dari pilihan raya umum ke-12 sehingga pilihan raya umum ke-15, jumlahnya merangkumi mereka yang kini berumur 44 tahun ke bawah.

Ini adalah jumlah yang teramat besar, jauh lebih daripada separuh pengundi berdaftar, dan majoritinya diketahui menolak Barisan Nasional.

Pada pilihan raya umum ke-15, satu golongan pengundi baharu muncul, dan golongan ini berusia 18 tahun.

Pada pilihan raya umum ke-16, “pengundi Melayu-Islam kali pertama” akan merangkumi mereka yang berumur antara 18 hingga 22 tahun, dan jumlah golongan ini dianggarkan mencecah angka 2 juta.

Majoritinya dijangka menolak Barisan Nasional jika kita berpandukan pola perosotan dalam perolehan kerusi dan juga data pilihan raya umum ke-15.

Memandangkan kumpulan pengundi ini cenderung ke arah Perikatan Nasional pada pilihan raya umum ke-15, boleh disimpulkan bahawa penolakkan terhadap Barisan Nasional sejak pilihan raya umum ke-12 oleh pengundi muda tiada kaitan denga gejala “liberalisme” atau penolakkan politik kaum dan agama.

Loading...

Sebaliknya, ia melibatkan fenomena yang sudah lama berlaku di seluruh dunia (sejak berdekad lamanya), di mana sebuah parti yang terlalu lama mentadbir akhirnya ditolak rakyat kerana pekat dengan politik lampau yang tidak sehaluan atau serasi dengan gaya dan cara pemikiran orang muda.

Inilah yang berlaku pada Barisan Nasional, dan selagi gabungan itu cuba kekal dalam kerajaan, pengundi muda akan makin meluat dan menolaknya pada pilihan raya umum dan negeri akan datang.

Bila pengundi sudah meluat, segala kesalahan kecil yang dilakukan akan menjadi tumpuan dan sukar dimaafkan, apatah lagi kesalahan besar seperti skandal 1MDB dan cara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadikan UMNO platform agenda peribadinya dan mengabaikan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

Kesilapan terbesar Barisan Nasional ialah komplot Zahid memasuki kerajaan menerusi pintu belakang walaupun ditolak majoriti pada pilihan raya umum ke-14.

Sepatutnya, Zahid sedar bahawa Barisan Nasional akan dihukum lebih teruk jika terus berpegang pada kuasa tanpa mengendahkan mandat rakyat yang mahukan perubahan.

Jika saya Zahid, saya tidak mungkin berkomplot untuk menjadikan UMNO sebahagian daripada kerajaan dan akan tumpukan sepenuh perhatian kepada penjenamaan semula Barisan Nasional sebagai kuasa pembangkang untuk satu tempoh yang sesuai.

Malangnya, Zahid terus berkomplot untuk sertai kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 tanpa sedar bahawa tindakannya menyebabkan UMNO kehilangan saki baki penyokong tegarnya.

Dengan hanya berbekalkan ura-ura UMNO akan bekerjasama dengan DAP, ramai penyokong tegar Barisan Nasional beralih ke Perikatan Nasional pada pilihan raya umum ke-15.

Bayangkan keadaannya pada pilihan raya umum ke-16 atau pilihan raya negeri setelah ura-ura kerjasama ini bertukar menjadi realiti.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...