Ramai mengaku saksi kejadian bunuh di Lebuhraya Utara Selatan

Yew Wei Liang yang didakwa ‘panik’ sehingga melanggar Syed Muhammad tidak kelihatan panik di sini. Sumber (gambar): TTF

Polis semalam memanggil dua adik ipar mangsa yang maut susulan perselisihan faham dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, kelmarin, untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

“Selepas ini, saya harap polis dapat menjalankan siasatan secara menyeluruh tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya pada BH, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, dia dan ahli keluarga lain menerima banyak panggilan dan mesej daripada individu mengakui sebagai saksi kejadian termasuk lelaki berbaju biru yang dikatakan berada di lokasi kemalangan ketika berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.


KUALA LUMPUR: Polis semalam memanggil dua adik ipar mangsa yang maut susulan perselisihan faham dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, kelmarin, untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Bapa mentua mangsa, Mohd Rozhan Ramlee, 57, berkata kedua anaknya, Azraei Arief, 22 dan Zafri Amir, 19, keluar dari kediaman keluarga di Bukit Mahkota Bangi untuk ke IPD berkenaan, kira-kira jam 10.30 pagi ini bagi membantu siasatan kes kemalangan berkenaan.

“Zafri antara ahli keluarga yang terawal tiba di kawasan kemalangan berkenaan dan membawa Allahyarham (Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29) ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dibawa ke Nilai Medical Centre kerana klinik berkenaan tutup.


“Azraei yang turut ada bersama beri CPR (bantuan pernafasan kecemasan) kepada menantu ketika dalam perjalanan ke Nilai Medical Centre.

“Selepas ini, saya harap polis dapat menjalankan siasatan secara menyeluruh tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya pada BH, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, dia dan ahli keluarga lain menerima banyak panggilan dan mesej daripada individu mengakui sebagai saksi kejadian termasuk lelaki berbaju biru yang dikatakan berada di lokasi kemalangan ketika berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.

“Bagaimanapun, banyak alasan diberikan termasuk mahu jumpa saya dahulu apabila meminta mereka untuk tampil membuat laporan polis.

“Bagi saya kalau mahu bantu amat dialu-alukan namun jangan ambil kesempatan terhadap insiden ini,” katanya.

Semalam, mangsa yang dilaporkan maut akibat perselisihan faham dalam kemalangan kecil di lebuhraya berkenaan, didapati memukul kereta suspek menggunakan kayu besbol sebelum dilanggar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, dilaporkan berkata, mangsa bertindak demikian selepas tidak berpuas hati dengan suspek berusia 40 tahun itu.

Katanya, sebelum mengeluarkan kayu besbol dari keretanya, mangsa serta suspek yang sudah bergaduh berpunca daripada kemalangan kecil, ditenteramkan orang ramai sebelum kedua-duanya masuk ke kereta masing-masing.

“Namun, si mati yang masih tidak berpuas hati mengeluarkan kayu besbol dari keretanya dan memukul bahagian hadapan kereta suspek.

“Suspek yang ada dalam kereta ketika itu terus memandu dalam keadaan tergesa-gesa hingga terlanggar suspek.

“Akibat daripada itu, mangsa tersepit antara kereta suspek dan penghadang jalan,” katanya.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...