Ramai tak faham maksud tersirat Tun kepada Muhyiddin, termasuk orang Tun sendiri…

Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri), Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan). Sumber (gambar): TTF

“Perhatikan, Mahathir tidak pernah sebut dia sokong Muhyiddin atau Perikatan Nasional. Ini menandakan beliau ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi oleh Muhyiddin, dan Muhyiddin tahu syarat-syarat ini…”

Raggie Jessy Rithaudeen

راماي تق فهم مقصود ترسيرت تون كڤد محي الدين، ترماسوق اورڠ تون سنديري…

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

UMNO terbahagi kepada Team A (kluster Mahkamah) dan Team B, dan majoriti kepimpinan bahagian serta cawangan dan akar umbi tergolong dalam Team B yang menentang terus Kluster Mahkamah, PPBM, DAP dan PKR.

Tidak dapat dinafikan bahawa segelintir pemimpin Team B menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi bilangan mereka terlalu kecil, melibatkan hanya lapan ahli kabinet dan tidak lebih daripada lima ketua bahagian.




Selebihnya inginkan penjenamaan semula UMNO dan menolak kerjasama dengan PPBM disebabkan Muhyiddin dan Datuk Seri Azmin Ali.

Manakala itu, lebih separuh daripada ahli kumpulan Team B menyokong blok kuasa ketiga dan tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Mahathir, termasuk semua ahli parlimen yang bukan dari kalangan menteri pro-Muhyiddin.

Justeru, jika Muhyiddin bersetuju dengan syarat-syarat Mahathir, tidak mustahil Mahathir akan bersetuju untuk bersama Perikatan Nasional mewakili Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan menarik MUDA bersamanya.

Dalam senario ini, Perikatan Nasional akan secara otomatik memiliki sokongan semua ahli parlimen Team B dan lima ahli parlimen tambahan dari PEJUANG dan MUDA.

BACA JUGA: SUDAH SAMPAI PENGHUJUNG JALAN, MUHYIDDIN PUN TAHU

Dengan bilangan ini, Perikatan Nasional boleh terus menolak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Azeez Rahim, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Bung Moktar dari senarai penyokongnya.

UMNO kemudian boleh membuat EGM untuk mengusulkan penyingkiran kelima-lima mereka atas dasar tertentu yang tidak ingin saya nyatakan di sini tetapi ada sangkut-pautnya dengan kepincangan dalam pentadbiran parti.

Dengan penglibatan Mahathir, tidak mustahil ahli-ahli parlimen dari AMANAH, PKR, Sabah dan Sarawak yang menyokong blok kuasa ketiga akan bersama Perikatan Nasional, sekaligus memberikan Perikatan Nasional majoriti dua per tiga.

Loading...

Ini akan menjadikan Anwar perdana menteri tepi buat selama-lamanya dan menghancurkan terus komplot kerjasama melibatkan Anwar, Kluster Mahkamah dan pemimpin-pemimpin tertentu dari DAP.

Inilah yang cuba disampaikan oleh Mahathir kepada Muhyiddin, yang nyata terdesak kerana tidak memiliki formula untuk kelangsungan pentadbiran Perikatan Nasional.

It’s plain and simple, and frankly, brilliant.

MUST READ:

Sudah mula usaha rahsia cantas Zahid melibatkan orang Najib (Pendedahan)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...