Ramai yang belum mendaftar: kenapa anak muda pasif politik?

Salleh Said Keruak

1. Saya sedih apabila statistik SPRM mengesahkan lebih 4 juta rakyat Malaysia belum mendaftar diri sebagai pengundi dan majoritinya adalah golongan muda berusia 21 tahun.




2. Terfikir saya ruginya jika anak muda pasif politik. Jika tidak minat politik adalah faktornya, persepsi ini perlu segera diperbetulkan.  Anak muda tidak boleh seperti ini kerana merekalah yang menciptakan masa depan negara.  Masa masih ada dan anak muda perlu ditarik sekarang untuk mendaftar sebagai pengundi.

3. Tinjauan Merdeka Centre mendapati anak muda pasif politik kerana faktor berikut: terlalu sibuk dengan kerja, muak dengan permainan politik golongan tua, merasakan mengundi tidak membawa apa-apa faedah, dan tidak percaya kepada ahli politik.

4. Kajian lain dari penyelidik UKM menambah lagi faktor di atas. Mengejutkan ialah anak muda merasakan kepentingan mereka diabaikan oleh ahli politik dan anak muda bercelaru dengan keadaan politik semasa.  Mereka tidak percaya dengan institusi politik negara.  Mereka bosan.

5. Pandangan di atas perlu diberi perhatian. Penjelasan harus diberi kpd anak-anak muda mengenai keraguan mereka.Parti politik perlu tampil berkempen bagi menarik golongan muda ini supaya aktif politik. Negara memerlukan anak muda untuk kejayaan masa depannya kerana jiwa muda adalah jiwa yang kuat, bertenaga, dan berwawasan.

Sumber: sskeruak.blogspot.my



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...