‘Ramailah penyangak dan perasuah sekarang bebas menjelajah seluruh dunia’ – Mahathir

“Rakyat tentu berbangga. Curi 10-ringgit masuk penjara serta merta. Curi satu billion-ringgit boleh lepas dari penjara” – Mahathir. Sumber (gambar): TTF

Berikut merupakan tulisan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad yang diterbitkan menerusi blog chedet.cc:


SINGAPURA ELEKTRIK

Mahathir Mohamad

‘رامايله ڤڽاڠاق دان ڤرسوه سكارڠ بيبس منجلجه سلوروه دنياء – محضير

1. Akhbar lapor bahawa Singapura memerlukan bekalan elektrik dan akan beli dari Malaysia.

2. Mungkin kerana itu Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengeluarkan kenyataan bahawa hanya bekalan dari punca yang non-renewable sahaja yang boleh dieksport ke Singapura. Juga eskport melalui saluran milik swasta tidak dibenar.




3. Tetapi umum tahu bahawa kita sedang eksport air ke Singapura dengan harga 3 sen seribu gelen. Kita juga tahu seludupan pasir laut dan darat sedang dilakukan.

4. Sebaliknya jika kita eksport tenaga dari cahaya matahari dan angin, Malaysia tidak kehilangan apa-apa.

5. Saya kurang faham dengan dasar Kerajaan hari ini. Dengan keputusan ini pelaburan yang tidak kecil dan peluang kerja terhalang.

Najib Razak

6. Najib Razak telah dihukum penjara dan denda kerana kesalahan money laundering.

7. Kononnya kerana ia membuat rayuan hukuman tidak dilaksana.

8. Tarikh kes rayuan ialah pada April 2021. Sepanjang masa ia bebas seperti orang yang tidak salah. Kes tidak didengar kerana bermacam alasan.

9. Dia boleh hadir ke Dewan walaupun tidak dapat ke mahkamah. Adakala kononnya sakit.

Loading...

10. Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib. Tetapi keputusan ditangguh. Sudah enam bulan berlalu. Mahkamah belum buat keputusan.

11. Sekarang banduan ini dibenar ke Singapura.

12. Peguam Negara tidak bantah

13. Najib ubah tarikh kerana dipilih oleh UMNO sebagai pengurus dalam pilihan raya Melaka. Ini juga dilulus.

14. Bilakah Najib akan dapat keputusan Mahkamah Rayuan. Jika didapati bersalah, Najib akan rayu kepada Mahkamah Persekutuan.

15. Ini juga akan ambil masa. PRU ke-15 pun sudah tiba. Najib belum disah oleh Mahkamah Persekutuan yang ia bersalah.

16. Tentu boleh bertanding dalam PRU-15.

17. Rakyat tentu berbangga. Curi 10-ringgit masuk penjara serta merta.

18. Curi satu billion-ringgit boleh lepas dari penjara.

19. Ramailah penyangak dan perasuah sekarang bebas menjelajah seluruh dunia sementara hukuman ditangguh atau pertuduhan dibatal.

20. Sekali lagi dunia kagum melihat Malaysia, contoh demokrasi yang liberal di mana yang menang kalah, yang kalah menang, yang curi sedikit dipenjara, yang curi bertimbun bebas.

21. Syabas Malaysia.

WAJIB BACA:

Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...