
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, memberi keterangan hampir empat jam bagi membantu siasatan dua artikel disiarkan portal dalam talian dan kes berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Ramasamy berkata, pihaknya memberi kerjasama penuh dalam siasatan itu dan yakin kebenaran serta keadilan akan ditegakkan.
“Saya beri keterangan mengenai artikel yang diterjemah dalam Malaysia Gazette, saya disoal beberapa isu mengenai perkara itu.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, ketika dihubungi, berkata Ramasamy berkemungkinan dipanggil lagi sekiranya ada keperluan.
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, memberi keterangan hampir empat jam bagi membantu siasatan dua artikel disiarkan portal dalam talian dan kes berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Keterangan yang diambil Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 di Ibu Pejabat Bukit Aman, di sini, hari ini, membabitkan artikel bertajuk ‘Kerajaan Baharu Tapi Polis Pada Takuk Lama – Ramasamy’ dan ‘Who am I, peacemaker or terrorist’ masing-masing disiarkan Malaysia Gazette dan Malaysiakini selain kes LTTE.
Ramasamy berkata, pihaknya memberi kerjasama penuh dalam siasatan itu dan yakin kebenaran serta keadilan akan ditegakkan.
“Saya beri keterangan mengenai artikel yang diterjemah dalam Malaysia Gazette, saya disoal beberapa isu mengenai perkara itu.
“Saya tiada apa-apa mahu disembunyikan. Sebenarnya, saya tak setuju dan mempersoalkan cara terjemahan portal itu yang dilihat sedikit seleweng.
“Kemudian, saya beri keterangan berhubung artikel Malaysiakini dan beberapa klip video tular mengaitkan saya dan isu LTTE,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Terdahulu, Ramasamy ditemani peguamnya, K Ragunath, menaiki Toyota Vellfire berwarna putih tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada jam 9.50 pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, ketika dihubungi, berkata Ramasamy berkemungkinan dipanggil lagi sekiranya ada keperluan.
“Ramasamy memberi kerjasama yang baik sepanjang proses merakam keterangan.
“Kita akan panggil (Ramasamy) kembali atau tidak bergantung kepada proses siasatan,” katanya.
Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan
Sumber:
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON YOUTUBE, TELEGRAM AND TWITTER:
YOUTUBE: THE THIRD FORCE
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
