
Penyertan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Ramasamy dalam Jawatankuasa Hal-Ehwal Perlembagaan LTTE (LTTE Constitutional Affairs Committee) mengesahkan bahawa beliau masuk campur secara langsung dalam hal-ehwal politik negara asing dan nasib sebuah kumpulan pengganas.
Ironinya, Ramasamy sebelum ini menuduh Dr Zakir Naik campurtangan dalam politik tempatan biarpun bukan warganegara Malaysia.
Malah, Ramasamy turut merupakan ahli DAP, sebuah parti politik yang kerapkali mengungkit label pengganas yang diberian kepada Zakir oleh kerajaan India setiap kali pemimpin-pemimpin parti tersebut mengkritik ataupun melemparkan tohmahan terhadap Zakir.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan bahawa polis akan melaksanakan siasatan lebih luas terhadap Ramasamy berhubung dakwaan beliau mempunyai hubungan dengan LTTE.
SUBANG JAYA: Penyertan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ramasamy, dalam Jawatankuasa Hal-Ehwal Perlembagaan LTTE (LTTE Constitutional Affairs Committee) mengesahkan bahawa beliau masuk campur secara langsung dalam hal-ehwal politik negara asing dan nasib sebuah kumpulan pengganas.
Ini memandangkan jawatankuasa tersebut berpusat di Sri Lanka dan disertai oleh wakil-wakil dari kerajaan Sri Lanka dan Liberation Tigers of Tamil Elam (LTTE), sebuah organisasi politik Sri Lanka yang disahkan lebih 30 negara sebagai kumpulan pengganas.
Penyertaan Ramasamy dalam jawatankuasa tersebut disahkan oleh beliau sendiri.
Ironinya, Ramasamy sebelum ini menuduh Dr Zakir Naik campurtangan dalam politik tempatan biarpun bukan warganegara Malaysia.
Malah, Ramasamy turut merupakan ahli DAP, sebuah parti politik yang kerapkali mengungkit label pengganas yang diberian kepada Zakir oleh kerajaan India setiap kali pemimpin-pemimpin parti tersebut mengkritik ataupun melemparkan tohmahan terhadap Zakir.
Tahun lalu, Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA), menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat Ramasamy sambil menunjukkan gambar Ramasamy tengah memberi penghormatan pada simbol LTTE.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan bahawa polis akan melaksanakan siasatan lebih luas terhadap Ramasamy berhubung dakwaan beliau mempunyai hubungan dengan LTTE.
Menurutnya, polis akan menyiasat dari pelbagai sudut sekiranya terdapat bukti-bukti baharu yang boleh mengaitkan Ramasamy dengan kumpulan LTTE.
“Sebenarnya aduan berkaitan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sudah diterima dan disiasat polis pada tahun 2013 di mana kertas siasatan sudah diangkat dan diserahkan kepada Peguam Negara.
“Dalam kes lama pemimpin berkenaan dalam alasan pembelaan diri sewaktu disoal siasat menyatakan beliau menyokong perjuangan kebebasan.
“Selain video menunjukkan kaitan pemimpin itu dengan LTTE, (Ramasamy) turut mempunyai video menyokong pembebasan wilayah Acheh di samping mendakwa menyokong kebebasan puak minoriti Islam di selatan Filipina,” katanya pada sidang media di Dewan Karangkraf.
Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan
RJ RITHAUDEEN
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
