Ramasamy: Sekolah Cina dan Tamil tingkatkan perpaduan, Kerajaan Pulau Pinang tetap teruskan

Kenyataan Ramasamy dilihat mencabar jurusan kuasa dan kewibawaan kerajaan pusat sedangkan keputusan samada sekolah vernakular boleh diteruskan atau tidak terletak pada kerajaan pusat, bukannya kerajaan negeri Pulau Pinang. Sumber (gambar): Fail TTF

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Ramasamy hari ini berkata sekolah vernakular akan diteruskan di negeri berkenaan kerana mampu menerapkan nilai toleransi dalam kalangan pelajar selain meningkatkan perpaduan.

Sebelum ini, setiausaha agong DAP Lim Guan Eng mengisytiharkan bahawa UMNO dan PAS, sekiranya berjaya bentuk kerajaan, akan melucutkan hak asasi masyarakat bukan Melayu dan bukan Muslim sepertimana termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Kenyataan ini disyaki bertujuan menghasut kaum Cina dan India untuk takut kepada parti-parti Melayu agar mereka terus menyokong DAP biarpun sudah mula timbul suara-suara yang mengecam kemampuan dan keikhlasan pucuk pimpinan DAP.

Begitu juga soal-jawab melibatkan Satees dan Ramasamy, di mana tidak mustahil ianya dirancang dari awal bagi menimbulkan persepsi seolah-olah ada usaha pemimpin Melayu Islam untuk mansuhkan sekolah vernakular biarpun cadangan sedemikian tidak pernah diutarakan oleh Perdana Menteri ataupun Menteri Pendidikan.


PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Ramasamy hari ini berkata sekolah vernakular akan diteruskan di negeri berkenaan kerana mampu menerapkan nilai toleransi dalam kalangan pelajar selain meningkatkan perpaduan.

Menjawab soalan lisan M Satees (DAP- Bagan Dalam) mengenai pendirian kerajaan negeri sama ada akan meneruskan sekolah vernakular atau sebaliknya, Ramasamy menegaskan kerajaan negeri tidak bersetuju pendapat sesetengah pihak bahawa sekolah vernakular menjadi penghalang kepada perpaduan masyarakat Malaysia.




“Berdasarkan rekod Jabatan Pendidikan Negeri, populasi murid sekolah vernakular di Pulau Pinang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu seramai 3,552 orang pelajar selain Cina dan India.

“Ini menunjukkan sekolah vernakular antara platform bagi pembangunan semangat perpaduan rakyat berbilang bangsa di Pulau Pinang dan Malaysia,” katanya.

“Pada tahun ini, kerajaan negeri menyalurkan RM8.4 juta kepada sekolah mubaligh, Cina, Persendirian dan RM2 juta kepada sekolah Tamil. Kerajaan negeri turut memberi perhatian khusus kepada pendidikan agama Islam menerusi peruntukan tahunan sebanyak RM2.5 juta bagi SAR.

“Bantuan ini disalurkan melalui maahad tahfiz, tadika Islam dan sekolah pondok. Kitaharap sekolah di Pulau Pinang dapat merealisasikan hasrat kerajaan negeri melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran, berdaya saing serta mempunyai sahsiah yang tinggi untuk terus memacu pembangunan Pulau Pinang,” katanya.

Tindakan Satees dan Ramasamy secara tiba-tiba membangkitkan isu sekolah vernakular disyaki susulan ura-ura wujud gerakan “kerajaan pintu belakang” melibatkan beberapa ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.

Sebelum ini, setiausaha agong DAP Lim Guan Eng mengisytiharkan bahawa UMNO dan PAS, sekiranya berjaya bentuk kerajaan, akan melucutkan hak asasi masyarakat bukan Melayu dan bukan Muslim sepertimana termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Kenyataan ini disyaki bertujuan menghasut kaum Cina dan India untuk takut kepada parti-parti Melayu agar mereka terus menyokong DAP biarpun sudah mula timbul suara-suara yang mengecam kemampuan dan keikhlasan pucuk pimpinan DAP.

Loading...

Begitu juga soal-jawab melibatkan Satees dan Ramasamy, di mana tidak mustahil ianya dirancang dari awal bagi menimbulkan persepsi seolah-olah ada usaha pemimpin Melayu Islam untuk mansuhkan sekolah vernakular biarpun cadangan sedemikian tidak pernah diutarakan oleh Perdana Menteri ataupun Menteri Pendidikan.

Kenyataan Ramasamy dilihat mencabar jurusan kuasa dan kewibawaan kerajaan pusat memandangkan keputusan samada sekolah vernakular boleh diteruskan atau tidak terletak pada kerajaan pusat, bukannya kerajaan negeri Pulau Pinang.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...