Ramkarpal mungkin cabar tindakan polis tahan dua ADUN DAP bawah SOSMA

Ramkarpal dan RSN Rayer turut dilaporkan mewakili dua lagi individu yang ditahan semalam, iaitu seorang Ahli Majlis Perbandaran (PBT) di Melaka dan seorang lagi individu. Sumber (gambar): MSN

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditahan kerana dipercayai terbabit dalam Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), akan memohon semakan semula penahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Peguam mereka, Ramkarpal Singh, berkata beliau dan RSN Rayer akan mengumpulkan maklumat berhubung penangkapan dua ADUN terbabit sebelum menfailkan permohonan mencabar penahanan polis di bawah SOSMA sebelum hujung minggu ini.

Khamis lalu, dua ADUN terbabit antara tujuh individu ditahan dalam operasi khas di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan Perak.

Dua hari kemudian, polis menahan lima lagi inidividu termasuk seorang pegawai eksekutif sebuah perbadanan serta Ahli Majlis Perbandaran, guru, pekerja kilang dan penyelia keselamatan.


KUALA LUMPUR: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditahan kerana dipercayai terbabit dalam Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), akan memohon semakan semula penahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Peguam mereka yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, berkata pihaknya mempertimbang untuk menfailkan kepada mahkamah berhubung permohonan berkenaan.




“Kami akan membuat keputusan ini dalam masa terdekat selepas mendapatkan segala maklumat dari anak guam kami, iaitu seorang ADUN yang juga EXCO di Melaka serta seorang lagi ADUN di Negeri Sembilan.

“Kami sedar tindakan ini amat sukar, namun isu utamanya untuk mendapatkan ikat jamin mereka selepas ditahan di bawah SOSMA yang tidak membenarkan jamin,” katanya ketika ditemui di Bukit Aman, di sini hari ini.

Ramkarpal dan RSN Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong yang juga peguam kepada dua Adun yang ditahan oleh Bahagian Antipengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman sejak Khamis lalu, melawat anak guam mereka pagi tadi.

Katanya, mereka akan mengumpulkan maklumat berhubung penangkapan dua ADUN terbabit sebelum menfailkan permohonan mencabar penahanan polis di bawah SOSMA sebelum hujung minggu ini.

“Maksud kami adalah memohon mahkamah meneliti balik penangkapan anak guam kami dan mencabar tindakan polis menahan mereka di bawah SOSMA,” katanya.

Ramkarpal berkata, kedua-dua anak guam mereka kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat dan akan dibenarkan bertemu dengan keluarga tengah hari ini.

Selain dua ADUN berkenaan, Ramkarpal dan RSN Rayer turut dilaporkan mewakili dua lagi individu yang ditahan semalam, iaitu seorang Ahli Majlis Perbandaran (PBT) di Melaka dan seorang lagi individu.

Khamis lalu, dua ADUN terbabit antara tujuh individu ditahan dalam operasi khas di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan Perak.

Dua hari kemudian, polis menahan lima lagi inidividu termasuk seorang pegawai eksekutif sebuah perbadanan serta Ahli Majlis Perbandaran, guru, pekerja kilang dan penyelia keselamatan.

Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan

Source:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...