
رامكرڤل ڤرتاهن تيندقن تومماي تومس ايسو ڽه-بكو اكاءون بڠك تايكون
Peguam Ramkarpal Singh daripada DAP hari ini mempertahankan keputusan Tommy Thomas menyah-bekukan akaun bank milik seorang taikun perniagaan yang dikait dengan dana haram, didakwa diterima daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut laporan (FMT), Ramkarpal mendakwa bahawa Thomas, selaku peguam negara pada ketika itu, membuat keputusan selepas taikun terbabit membuat perjanjian dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengembalikan dana yang diterima daripada Najib kepada kerajaan.
Semalam, timbalan ketua pemuda PAS Pulau Pinang, Abdul Razib Rahim, membuat laporan SPRM terhadap Tommy Thomas dan Lim Guan Eng atas dakwaan cuba menyah-bekukan akaun bank milik taikun yang dimaksudkan yang dikaitan dengan skandal 1MDB.
Menurut Abdul Razib, PAS Pulau Pinang percaya Guan Eng telah secara langsung atau tidak langsung menyalahgunakan kedudukan, pengaruh dan kuasanya hingga menyebabkan Thomas bertindak mengarahkan SPRM menyah-bekukan akaun bank taikun berkenaan.
PETALING JAYA: Peguam Ramkarpal Singh daripada DAP hari ini mempertahankan keputusan Tommy Thomas menyah-bekukan akaun bank milik seorang taikun perniagaan.
Akaun yang dimaksudkan dikait dengan dana haram yang didakwa diterima daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut laporan (FMT), Ramkarpal mendakwa bahawa Thomas, selaku peguam negara pada ketika itu, membuat keputusan selepas taikun terbabit membuat perjanjian dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengembalikan dana yang diterima daripada Najib kepada kerajaan.
Ramkarpal mendakwa taikun berkenaan bersetuju untuk memulangkan RM330,384 yang sama jumlahnya dengan dana haram diterima daripada Najib berkaitan kes SRC International.
Menurutnya, ini berdasarkan surat yang ditulis oleh Thomas kepada bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng, dalam menjelaskan keputusannya melepaskan akaun taikun itu.
“Sudah jelas bekas peguam negara bertindak secara profesional dan tanpa pengaruh tidak wajar daripada mana-mana pihak seperti yang dapat dilihat dalam suratnya bertarikh 14 Jun 2019, di mana Thomas memberikan alasan di sebalik keputusannya menarik balik arahan pembekuan akaun bank seorang taikun perniagaan.”
Ramkarpal merupakan Pengerusi Biro Undang-undang DAP dan kini mengendalikan syarikat guuaman yang diasaskan oleh ayahnya, mendiang Karpal Singh.
Beliau menambah, Thomas sudah menjelaskan dalam surat berkenaan yang perjanjian antara taikun dan SPRM perlu dihormati.
“Dalam kata lain, menurut bekas peguam negara itu, beliau bertindak berdasarkan perjanjian yang dicapai antara taikun itu dan SPRM, serta tiada orang lain, yang beliau benar-benar berhak melakukannya.”
Atas dasar ini, Ramkarpal berkata, laporan PAS Pulau Pinang kepada SPRM yang mendakwa Lim menyalahgunakan kuasanya “jelas tidak berasas”.
Semalam, timbalan ketua pemuda PAS Pulau Pinang, Abdul Razib Rahim, membuat laporan SPRM terhadap Tommy Thomas dan Lim Guan Eng atas dakwaan cuba menyah-bekukan akaun bank milik taikun yang dimaksudkan yang dikaitan dengan skandal 1MDB.
Menurut Abdul Razib, PAS Pulau Pinang percaya Guan Eng telah secara langsung atau tidak langsung menyalahgunakan kedudukan, pengaruh dan kuasanya hingga menyebabkan Thomas bertindak mengarahkan SPRM menyah-bekukan akaun bank taikun berkenaan.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
