“Anwar akan melantik seorang usahawan Cina yang pada ketika ini berada di luar negara sebagai TPM, di mana usahawan ini (yang akan bertanding kerusi seorang MP PKR) dipercayai pernah mengeluarkan dana ratusan juta ringgit bagi membiayai beberapa program dan pelaburan yang melibatkan Anwar dan masih belum lagi mendapat pulangan”
Raggie Jessy Rithaudeen
Sebagai presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim seharusnya bertanggungjawab terhadap semua kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin parti serta memberi perhatian kepada naratif kumpulan-kumpulan yang diketahui umum menyokong dan memperjuangkan beliau.
Beliau turut bertanggungjawab menjaga penampilan PKR dan apa yang diperkatakan pucuk pimpinan parti memandangkan ianya mencerminkan imej parti dan juga mempengaruhi segala apa yang diperjuangkan oleh penyokong beliau.
Justeru, adalah tidak wajar Anwar serta isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berulang kali menyuarakan keyakinan mereka terhadap kejujuran serta komitmen Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk berundur apabila tiba masanya
Tindakan tersebut tidak membawa satu apa pun impak positif, malah sebaliknya, menimbulkan keraguan di kalangan pemimpin-pemimpin bawahan parti serta kumpulan-kumpulan penyokong PKR atas kejujuran serta komitmen Mahathir terhadap pelan peralihan kuasa.
Soal benar atau tidak Mahathir jujur seharusnya boleh dibawa bincang secara berasingan antara barisan kepimpinan PKR dalam mesyuarat parti sebelum diajukan kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.
Perbincangan terbuka di media arus perdana akan menggangu prestasi ekonomi negara kerana pelabur-pelabur khuatir keadaan sosio-politik negara kurang stabil dan mampu menjurus kepada pergelutan kuasa ataupun huru-hara.
Tetapi inilah yang diharapkan Anwar.
Apabila isu peralihan kuasa diungkit beulang-kali, ianya memberi persepsi seolah-olah Perdana Menteri kurang diyakini barisan kepimpinan kabinet memandangkan isteri Anwar sendiri, selaku Timbalan Perdana Menteri, dilihat ragu-ragu terhadap pendirian Mahathir yang turut merupakan bos beliau.
Ini sekaligus memberikan ‘isyarat’ kepada barisan kepemimpin PKR serta kumpulan-kumpulan penyokong Anwar untuk menentang Mahathir secara terbuka biarpun Anwar sendiri pernah berkata bahawa Mahathir boleh mengambil seberapa banyak mana masa yang difikirkan perlu.
Penentangan ini akan memberikan seribu satu alasan bagi Mahathir untuk memutuskan tidak akan berundur bagi ‘menstabilkan’ keadaan ekonomi dan sosio-politik negara.
Seandainya perkara ini berlaku, akan bermulalah pergelutan kuasa secara terbuka di mana Anwar akan melabelkan Mahathir sebagai seorang yang taksub dengan kuasa hingga sanggup memungkiri janji, termasuk janji manifesto melibatkan pelantikan ketua SPRM.
Kesemua ini disokong oleh DAP secara rahsia.
Ini menerangkan mengapa agen-agen DAP di dalam kementerian-kementerian banyak melakukan kerja-kerja ‘ghaib’ dan mengapa menteri-menteri Cina membuat lantikan-lantikan di dalam kementerian serta keputusan-keputusan tertentu melibatkan soal Melayu-Islam, Bumiputra dan negara tanpa merujuk kepada Mahathir.
Ini adalah bagi mendorong Mahathir untuk memutuskan tidak akan berundur agar penentangan secara besar-besaran boleh dibuat terhadapnya dalam masa singkat bagi menimbulkan kemarahan majoriti ahli parlimen Pakatan Harapan terhadapnya.
Anwar dijangka akan menggunakan kesempatan ini untuk berunding dengan kesemua ahli parlimen yang menyokong Dato’ Seri Najib Tun Razak, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mana-mana pemimpin UMNO lain yang menghadapi tuduhan mahkhamah supaya bersatu untuk menjatuhkan Mahathir.
Sambil diperhatikan Lim Kit Siang, satu undi tidak percaya dijangka akan dilontar ke arah Mahathir sebelum majlis presiden PH bermesyuarat untuk mengulingkan Mahathir sebagai pengerusi PH dan mengantikan beliau dengan Anwar.
Anwar kemudiannya dijangka akan meminta mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mengemukakan usul bertandatangan untuk menjadikan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.
Seandainya Baginda Tuanku bersetuju, Wan Azizah akan melantik Anwar sebagai timbalan beliau sebelum’bercuti’ atas sebab-sebab tertentu bagi membolehkan Anwar mengambil-alih tugas Perdana Menteri.
Selang beberapa bulan, Wan Aizah pula akan secara ‘tiba-tiba’ meletak jawatan sebagai Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada suaminya untuk mengambil alih tempatnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.
Walaubagaimanapun, Lim Guan Eng tidak akan dilantik sebagai timbalan Anwar biar apapun yang dijanjikan oleh Anwar terhadap beliau.
Sebaliknya, Anwar akan melantik seorang usahawan Cina yang pada ketika ini berada di luar negara, di mana usahawan ini (yang akan bertanding kerusi seorang MP PKR) dipercayai pernah mengeluarkan dana ratusan juta ringgit bagi membiayai beberapa program dan pelaburan yang melibatkan Anwar dan masih belum lagi mendapat pulangan.
Untuk rancangan ini berjaya, Anwar sememangnya memerlukan kumpulan-kumpulan penyokong beliau memberikan tekanan padu terhadap Perdana Menteri untuk mengumumkan tarikh sebenar pengunduran beliau.
Anwar tahu Mahathir tidak suka dipaksa.
Pengalaman lampau semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri mengajar beliau bahawa sesiapa yang cuba melancarkan perang secara terbuka terhadap Mahathir akan dicantas dan dihumban masuk ke dalam penjara.
Justeru, beliau berpura-pura bersetuju memberikan Mahathir ‘ruang’ untuk ‘memulihkan’ ekonomi negara sambil mengerahkan kumpulan-kumpulan penyokong PKR untuk mendesak Perdana Menteri memberikan tarikh sebenar peralihan kuasa akan berlaku.
Apabila ditanya, beliau berselindung di bawah alasan tidak boleh menghalang sesiapa daripada menyuarakan pendapat biarpun apa yang diperkatakan ataupun disuarakan oleh kumpulan-kumpulan tersebut dicadangkan oleh beliau sendiri.
Renung-renungkanlah sinario ini, kita bincang lain di masa terdekat…
Bersambung…
ARTIKEL BERKAITAN:
Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.
FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:
Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter
The Third Force on Twitter
Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook
TowardsGE15 on Facebook
Gerakan Bangsa Nasional
The Third Force (Telegram)
