RAYUAN BATAL DARURAT: SEKRETARIAT KAMI TELAH HANTAR SURAT KEPADA SEMUA AHLI PARLIMEN SEJAK DUA HARI LEPAS

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

Saya secara jujur dan ikhlas ingin mencadangkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bekerjasama dengan sekretariat kami yang telah tiga hari menggerakkan inisiatif ini bertujuan mendapat tandatangan daripada ahli-ahli parlimen, pemimpin-pemimpin masyarakat, NGO serta individu-indvidu berpengaruh.

Ini bukan soal untuk sesiapa cuba dapatkan ‘mileage’ atau kredit politik tetapi daya-usaha ini mesti dilaksanakan secara jujur dengan semangat perpaduan di kalangan pemimpin-pemimpin pembangkang demi masa depan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Pihak kami telah menghubungi semua ketua-ketua parti dari PH sejak beberapa hari yang lepas bagi mendapat pandangan keatas deraf deklarasi ini.




Apa pun kita sokong daya-usaha mana-mana pihak yang mempunyai matlamat yang sama demi kepentingan masa depan bangsa serta negara.

Semua pihak dan ahli-ahli parlimen PH sudah mengetahui bahawa daya usaha sekretariat kami dalam perkara yang sama ini telah digerakkan sejak beberapa hari yang lepas.

Namun, nawaitu kami bukan untuk dapatkan ‘political mileage’ dan sebagainya tetapi daya usaha ini adalah atas dasar keikhlasan bagi selamatkan negara kita dari disalahguna kuasa oleh seorang perdana menteri yang telah hilang sokongan majoriti.

Mana boleh seorang perdana menteri yang telah hilang sokongan majoriti menasihati KDYMM Agong untuk mengisytiharkan proklamasi Darurat.

Dalam apa jua keadaan pihak kami akan teruskan daya-usaha yang telah dirancangkan serta disusun-atur sejak beberapa hari yang lepas dan dalam masa yang sama menyokong usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara jujur dan ikhlas, pihak kami ingin menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk turut sertai di atas plaform yang sama dan tidak perlu kita menjalankan daya-usaha ini secara berpuak-puak.

Apapun matlamat kita sama jadi lebih baik untuk semua pihak yang mempunyai matlamat yang sama agar bergerak secara kolektif dan menyeluruh dalam satu platform yang sama.

Loading...

Sesungguhnya juga, kami amat ikhlas untuk menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai matlamat yang sama dengan sekretariat kami secara satu pasukan agar kita akan dapat memperolehi hasil yang lebih effektif.

Beberapa tandatangan dari ahli-ahli parlimen sudah pun diperolehi oleh sekretariat kami mulai hari ini.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...