Rayuan darurat: PEJUANG hantar surat selewat-lewatnya esok, Pakatan Harapan belum pasti, UMNO ‘tiada’

Marzuki tidak menjelaskan sama ada surat rayuan kepada Agong akan ditandatangani kesemua anggota parlimen PEJUANG atau presidennnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Sumber (gambar): Fail TTF

رايوان ضرورت: ڤجوڠ هانتر سورت سليوات-ليواتڽ ايسوق، ڤاكتن هارڤن بلوم ڤستي، امنو ‘تياد’

Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dilaporkan akan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah selewat-lewatnya esok bagi memohon Darurat ditarik balik.

Timbalan presiden penajanya, Datuk Seri Marzuki Yahya, berkata surat itu akan mewakili permintaan kesemua empat orang anggota parlimen PEJUANG.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan Anwar memberitahu Malaysiakini sebanyak 95 anggota parlimen terlibat dalam surat rayuan PH kepada Agong.

Bagaimanapun setakat hari ini tidak jelas bila surat itu akan dihantar walaupun ia pada mulanya dikatakan akan diserahkan hari ini.


PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dilaporkan akan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah selewat-lewatnya esok bagi memohon Darurat ditarik balik.

Timbalan presiden penajanya, Datuk Seri Marzuki Yahya, berkata surat itu akan mewakili permintaan kesemua empat orang anggota parlimen PEJUANG.




“Kita dah siapkan surat. Mungkin akan hantar hari ini atau selewat-lewatnya esok,” katanya.

Marzuki bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada surat itu akan ditandatangani kesemua anggota parlimen PEJUANG atau presidennnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Marzuki berkata, surat itu akan dihantar kerana daripada awal melihat perintah kawalan pergerakan (PKP) sudah cukup untuk mengekang Covid-19.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan Anwar memberitahu Malaysiakini, sebanyak 95 anggota parlimen terlibat dalam surat rayuan PH kepada Agong.

Bagaimanapun setakat hari ini tidak jelas bila surat itu akan dihantar walaupun ia pada mulanya dikatakan akan diserahkan hari ini.

Sementara itu, masih tidak jelas sama ada terdapat anggota parlimen Umno akan menyahut seruan Anwar untuk menghantar permohonan itu kepada Agong.

Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ketika ditanya Malaysiakini berkaitan perkara itu hanya memberikan jawatapan ringkas “tiada”.

Loading...

THE THIRD FORCE

Disunting dari laporan Malaysiakini

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...