Rayuan Terakhir SRC: Najib beri gambaran berlaku kezaliman terhadap beliau dan isteri, sehari sebelum berdepan panel Hakim Mahkamah Persekutuan

“Bukankah kenyataan ini berupaya menimbulkan persepsi palsu di kalangan rakyat jelata bahawa proses mahkamah yang telah dan bakal dilalui oleh Najib berhubung kes SRC mungkin tidak telus atau berat sebelah?”

Raggie Jessy Rithaudeen

رايوان تراخير سرچ: نجيب بري ڬمبارن برلاكو كظاليمن ترهادڤ بلياو دان استري، سهاري سبلوم بردڤن ڤانل حاكيم محكمه ڤرسكوتوان

Sehari sebelum rayuan terakhir kes SRC di Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi gambaran berlaku kezaliman terhadap beliau dan isterinya sambil merujuk kepada rayuan berkenaan (rujuk video dari “The Star” di bawah).

“Hari esok, penting untuk saya sebab esok rayuan terakhir saya (didengar) di Mahkamah Persekutuan. Walaupun hari ini saya patut sibuk dengan peguam saya, saya pilih untuk bersama Wanita.




“Saya mahu Wanita memahami, saya tetap bersama berjuang dengan Wanita. Biar apa pun kezaliman kepada saya, isteri dan keluarga, saya tetapi istiqamah.

“Saya tidak akan undur walau seinci pun. Saya tetap akan berjuang bersama Wanita BN. Kita pastikan PRU-15 milik BN,” katanya.

Saya harap pihak-pihak berkaitan, khususnya, pihak pendakwaan kes SRC, dapat meneliti kata-kata ini yang pada pendapat saya sungguh tidak bertanggungjawab.

Ini kerana Najib bakal berdepan dengan panel Hakim Mahkamah Persekutuan bagi merayu sesuatu berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang.

Bukankah kenyataan Najib ini menimbulkan persepsi terdapat konspirasi terhadap dirinya oleh pihak yang tidak dinamakan?

Bukankah kenyataan ini berupaya menimbulkan persepsi palsu di kalangan rakyat jelata bahawa proses mahkamah yang telah dan bakal dilalui oleh Najib berhubung kes SRC mungkin tidak telus atau berat sebelah?

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...