Reaksi saya terhadap penafian terkini Anwar Ibrahim

 

Berikut merupakan liputan Sinar Online berserta reaksi dari TTF (biru):


BESTARI JAYA: Salah seorang penuntut Universiti Selangor (Unisel) menarik perhatian hadirin pada sesi soal jawab bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila bertanya berhubung adakah benar sama ada Presiden PKR itu terlibat atau tidak dalam isu liwat.

Penuntut jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua ( TESL)  itu berkata, inilah masa sesuai Anwar membersihkan nama beliau selepas dibebaskan daripada dakwaan berhubung kes liwat yang dihadapi beliau selama ini.

“Saya nak tahu, sama ada pihak mana yang bersalah dalam kes liwat terdahulu sama ada Datuk Seri (Anwar) bersalah atau ini satu fitnah pihak sebelah sana?,” soalnya pada Program Bersama YB Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Canselor Unisel Kampus Bestari Jaya, di sini, malam tadi.

Anwar ketika menjawab soalan itu berkata, beliau menegaskan tuduhan itu tidak berasas dan cubaan memfitnah beliau.

“Ini soal dakwaan. Kita telah terangkan.

TTF: Salah tu Nuar…

Sebenarnya, kes liwat anda telahpun dibicarakan di mahkhamah persekutuan, di mana mahkhamah tersebut telahpun memutuskan bahawa anda sememangnya meliwat bekas pembantu peribadi anda, iaitu Saiful Bukhari Azlan.

Anwar perlu faham, bahawa dakwaan, antara lain, merupakan sesuatu yang diwar-warkan atau dikemukakan oleh seseorang ataupun sekumpulan orang, di mana perkara yang diwar-warkan atau dikemukakan itu belum terbukti kebenarannya.

Contoh yang paling sesuai bagi menerangkan maksud sebenar dakwaan adalah tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak, yang setakat ini, belum terbukti kebenarannya.

Tetapi memandangkan Anwar sendiri menuduh Najib melakukan kesalahan tanpa menunjukkan ataupun memiliki sebarang bukti, maka jelaslah, bahawa Anwar sendiri menjurus ke arah fitnah, kerana di dalam Islam, selagi kita tidak mempunyai bukti, segala apa tuduhan yang kita lemparkan terhadap seseorang itu boleh disifatkan sebagai fitnah sekiranya ia didorong perasaan buruk sangka terhadap orang itu.

“Sekarang dah 2018, kamu (merujuk soalan penuntut terbabit) baca, dengar apa?. Itu kamu baca surat khabar tahun 2015… kita telah terangkan secara jelas melalui Facebook dan YouTube,” katanya.

Beliau turut menasihati penuntut Universiti supaya sentiasa rajin membaca buku dan mengikuti perkembangan semasa.

“Jangan terlalu malas sehingga minda sendiri tidak terbuka,” katanya.

TTF: Begitu juga, saya menasihati saudara Anwar agar sentiasa rajin membaca buku dan mengikuti perkembangan semasa, kerana Najib juga telahpun memberi penerangan secara jelas melalui Facebook dan YouTube.

Dan begitu juga, jangan terlalu malas sehingga minda kau sendiri tidak terbuka.

Anwar berkata, Yang dipertuan Agong turut menasihatkan beliau membersihkan namanya dari segala tuduhan salah laku pada hari beliau dibebaskan.

“Selepas dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh, baginda menasihatkan saya supaya membersihkan nama dari tahun 1998 sehingga 2018.

“Ini bukan sebab kuasa, tetapi baginda percaya saya tidak bersalah. Malah, saya tahu ada pelanggaran hukum di situ,” katanya.

Beliau memberitahu, segala fitnah dan tomahan dilemparkan seperti itu tidak lagi berlaku pada kerajaan sekarang.

“Sebab itu, apabila berkuasa, jangan biarkan perkara zalim seperti ini berlaku kepada orang lain, “katanya.

TTF: Salah tu Nuar…

Yang kau fitnah Najib tu pasal apa?

Bukankah kau yang kononnya bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8?

Jadi adakah kerajaan Nuar akan terjebak dalam gejala fitnah-memfitnah sepertimana yang sedang dilakukan oleh Nuar sendiri sekarang?

Sumber: Sinar Online

Comments

Comments


Loading...