Retorik PAN laksana Islam disebalik slogan

Mujahid menegaskan bahawa mereka tidak boleh disabit bersalah hanya kerana mereka LGBT. Hal ini demikian kerana selagi mana mereka tidak melanggar undang-undang Negara Malaysia, maka mereka tidak boleh didakwa sewenang-wenangnya dan itulah dimaksudkan ‘Rules of Law’. Sumber (gambar): Harakah Daily

Haikal Mohd Noh

PERUBAHAN zaman dewasa ini memperlihatkan beberapa aspek kronologi perubahan arus dan budaya cara seseorang itu berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Beberapa buah fikiran dan strategi dirangka agar pelan tindakan dapat dilaksanakan dengan baik sesuai dengan perkembangan semasa. Perkara ini tidak terkecuali pada buah fikiran dan logik pimpinan PH khususnya parti komponennya, PAN.

Namun begitu, penulis berpendapat pelan tindakan Gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin, melalui wacana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Islam, Dr Mujahid Yusuf yang merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar itu kelihatan gusar dan tidak dipersembah dengan baik. Beberapa kelakuan dan contoh yang mereka pamerkan selama ini amat menyalahi ciri dan aspek tamadun yang disebut dalam gagasan tersebut.

Beberapa persoalan timbul, apakah tujuan gagasan tersebut dibukukan sebenarnya? Adakah buku itu dikeluarkan tanpa teras tujuan dan hanya menjadi luangan masa lapang Menteri Agama untuk meraih publisiti?


Bina tamadun dari sopan dan akhlak

Beberapa perlaksanaannya pincang bukan kerana hujah gagasan ini lemah, tetapi kerana orang yang melaksanakannya lemah! Hal ini demikian kerana, gagasan tersebut di dalam muka ke-8, perkara ke-2 menyatakan peradaban terbentuk daripada kesopanan dan kesusilaan masyarakat, dan ia penting kepada pembinaan akhlak.

Penulis melihat ia hanya sekadar kiasan retorik yang tidak matang, malah perkara ini sendiri tidak diaplikasi dan dipamerkan oleh imej pendirian pimpinan PAN, dari aspek mengungkap kata-kata pun kecundang apatah lagi adab-adab memilih ayat untuk diperkatakan pada khalayak umum.

Mereka kelihatan lebih fanatik kepada sikap angkuh dan tidak berakhlak dalam melontarkan buah fikiran dan pendapat. Hal ini demikian kerana, sebelum hari mengundi PRU ke-15, mereka berkempen dengan senang tanpa rasa bersalah sedikit pun dalam melontarkan persepsi buruk berupa fitnah kepada pimpinan PAS khususnya. Malah persepsi yang dilontarkan mereka ini adalah tanpa bukti dan pengesahan dari pihak berkuasa.

Perkara ini sedikit sebanyak mencalarkan imej gagasan Rahmatan  Lil  ‘Alamin yang mereka bawa dan menampakkan gagasan tersebut seperti retorik melayu klasik yang berbunyi, ‘Mengalih kain ke balik rumah, mengalih kata ke hadapan’ yang membawa maksud memungkiri janji dan berdalih secara terus apabila pecah tembelang.

Sehingga hari ini, PAN bersama kepimpinannya gagal membuktikan bahawa tohmahan mereka kepada pimpinan PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Presiden Haji Abdul Hadi Awang menerima rasuah dari dana 1MDB. Penulis sekadar ingin mengingat dan bertanyakan kepada para pimpinan PAN, apakah tidak ada rasa malu dan bersalah walau sedikit pun pada diri dan parti kerana telah melakukan dosa besar berbentuk fitnah? Pimpinan PAN yang memimpin gagasan ini sendiri telah hilang kesopanan dan akhlak, maka dari mana lagi adab mereka untuk melahirkan tamadun berkualiti seperti yang termaktub dalam gagasan tersebut diaplikasikan? Nauzubillahi min zaalik!

Maka hal ini jelas, buku tersebut hanyalah wujud sebagai satu babak dongeng gaya ilmiah yang bertujuan untuk Menteri Agama ini meraih publisiti rakyat. Namun begitu, penulisan beliau dilihat tidak setara langsung dengan penulisan Tuan Guru Presiden Haji Hadi dalam membentuk fikrah perjuangan.

Malah, beliau turut gagal merosakkan fikrah perjuangan PAS di dalam bukunya yang bertajuk ‘Menuju PAS Baharu’ ketika menjadi ‘Duri dalam daging’ suatu ketika dahulu. Buku tersebut menerapkan unsur kebencian terhadap ulamak yang kelihatan begitu komprehensif dalam memimpin PAS seterusnya memberi maksud ringkas bahawa Ulamak ialah punca PAS gagal meraih hati rakyat.

Budaya LGBT bagai diiktiraf

Perkara 2 pada muka surat ke-19 dalam wacana tersebut menerangkan dengan baik tentang pandangan Islam terhadap golongan songsang ini dan bagaimana undang-undang Negara bertindak ke atas mereka. Tetapi perkara ini sedikit sebanyak dipesongkan oleh pendapat peribadi beliau pada perkara 4 pada muka surat ke-21 yang menyentuh mengenai hukuman kepada pesalah laku budaya songsang ini.

Mujahid menegaskan bahawa mereka tidak boleh disabit bersalah hanya kerana mereka LGBT. Hal ini demikian kerana selagi mana mereka tidak melanggar undang-undang Negara Malaysia, maka mereka tidak boleh didakwa sewenang-wenangnya dan itulah dimaksudkan ‘Rules of Law’. Namun, penulis berpendapat, Menteri Agama ini tidak cakna dengan maslahah utama yang timbul sebenarnya. Beliau lebih menegaskan golongan ini ada hak dan kerana kepincangan beliau inilah yang menyebabkan golongan ini makin berasa diterima dan mula menyuarakan hak yang tidak pernah ada pun sebenarnya!

Mujahid mungkin masa menulis wacana ini masih belum tahu bahawa golongan songsang ini sudah siap merencanakan perhimpunan tuntutan hak LGBT. Hal ini terbukti jelas pada kaca mata rakyat Malaysia bahawa perhimpunan itu sudah dilakukan tanpa permit sah di Kuala Lumpur, begitu juga perhimpunan ikon Dehijabbing di Penang dan ianya jelas menyalahi undang-undang sedia ada. Di dalam perhimpunan tersebut hadirnya ikon-ikon LGBT yang sangat kurang ajar!

Perhimpunan mereka ini membebankan masyarakat yang duduk dalam lingkungan kawasan tersebut kerana merosakkan keamanan sejagat khususnya. Hasil selesai perhimpunan tersebut menyaksikan kerosakan harta benda, sampah sarap bertaburan di jalanan, gambar-gambar dan poster plakat dibiarkan bertebaran mengotorkan persekitaran bandaraya. Selain itu, turut menampilkan bersama sebagai hasil perhimpunan haram tersebut ialah gambar-gambar di media sosial dengan plakat isyarat lucah yang mengandungi perkataan kasar, tidak bertamadun, individu yang berpakaian kurang sopan.

Sehingga hari ini, masih tiada lagi dakwaan oleh pihak berkuasa dilakukan ke atas pihak penganjur perhimpunan haram tuntutan hak LGBT dan program Dehijabbing. Rusuhan dan bantahan rakyat terhadap mereka ini sering diredakan dengan ucapannya, pihak berkuasa akan adakan siasatan, kami akan melakukan siasatan, siasat itu, siasat ini, akan buat itu, ini dan sebagainya. Tetapi, hari ini kelihatan tiada apa pun tindakan yang diambil kepada kepala LGBT dan pemikiran terbuka yang terlibat pada kedua program tersebut. Lalu, mengapa Maqasid Syariah yang disuarakan PAN ini tidak dilaksanakan pun? Jawapannya mudah, kerana PAN adalah parti tajaan DAP, kerana itulah mereka berpendirian tidak menghukum puak pelampau ini kerana mereka semua terdiri daripada darah daging dari parti DAP.

Maka hal ini turut membuktikan bahawa Maqasid Syariah Gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin ini tidak pincang pun sebenarnya, kerana yang bermasalah itu adalah pimpinan PAN dalam melaksanakannya. Mereka tidak akan pernah berani melaksanakannya sesuai dengan hukum Islam kerana telunjuk mereka ialah parti DAP. Melawan arahan yang diberi oleh pimpinan DAP adalah ibarat ‘Ibarat menggali lubang kubur sendiri’ kepada PAN.

Perlu bahas mendalam

Setelah membaca dan memahami setiap bait ucapan Menteri Agama, Dr Mujahid Yusuf di dalam merencanakan Gagasan Rahmatan Lil ‘Alaminini, penulis berpendapat sebahagian darinya tidak masuk akal iaitu antaranya, pertama: perkara 5 pada muka ke-21 yang menerangkan tentang konsep dosa dan cara pencegahannya yang kelihatan tidak selari dengan hadis Rasulullah dalam mencegah kemungkaran. Kedua: perkara 2 pada muka ke-33 yang pada penulis, sebenarnya ia adalah tuntutan Islam, bukannya falsafah dalam beragama seperti mana yang beliau dakwakan.

Seterusnya ialah perkara 3 pada muka ke-42 iaitu penafian pembawakan Islam Liberal oleh dirinya melalui konsep LGBT, jawapan yang diberikannya tidak standard Menteri, jawapan yang diberikan hanya bersifat sebelah pihak iaitu untuk menjaga survival jawatannya. Sepatutnya beliau sebagai Menteri Agama menjawab soalan tersebut dengan memberikan inisiatif ke arah perubahan golongan tersebut secara holistik seperti merencanakan program dakwah, menubuhkan skuad pemantauan hubungan songsang, bukannya dengan memberi jawapan mengulang-ulang penafian terhadap dirinya.

Penutup

Pimpinan PAN hanyalah meretorikkan gagasan ini untuk menunjukkan mereka ialah ahli di dalam perbahasahan Islam. Hakikatnya, mereka amat jauh dengan pemahaman sebenar tentang konsep Rahmatan Lil ‘Alamin yang sebenar. Kegagalan memahami konsep ini dengan baik memungkinkan berlakunya kenyataan-kenyataan kurang cerdik oleh ahli pimpinan mereka. Oh ya, ia sudah berlaku pun iaitu antaranya “Politik bukan perkara usul dan tak boleh diletakkan dalam kerangka akidah”. Penulis sarankan PAN bersama pimpinannya bermuhasabah kembali tentang perjalanan perjuangan politik mereka.

Mereka sering menyebut nama Almarhum Tuan Guru Fadzil Noor, Almarhum Tuan Guru Nik Aziz untuk menyerang PAS, tetapi mereka lupa pembawakan apa yang sebenarnya kedua Tn Guru ini perjuangkan. Jauh sekali dari perjuangan PAN!

Ketika awal muafakat politik antara PAS dan Umno dahulu, mereka bertanya kepada PAS tentang konsep perjuangan, adakah PAS seperti seorang pejuang yang sanggup berkorban dan baring di atas kawat berduri demi memastikan laluan merangkak itu selesa dilalui oleh kawan-kawan lain? Sukanya penulis menjawab, penyelesaian yang terbaik ialah untuk PAS potong sahaja kawat berduri tersebut daripada sakit berbaring di atasnya. Wallahualam.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...