Para pengguna Facebook digemparkan baru-baru ini dengan satu kenyataan oleh seorang berbangsa Cina yang mendakwa kononnya mereka yang sebangsa dengannya diperuntukkan hak oleh Perlembagaan Persekutuan untuk mengkritik dan membuat spekulasi terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Hinaan sebegini terhadap institusi raja-raja sebenarnya telah bermula sejurus selepas kemenangan Pakatan Harapan di pilihanraya umum ke-14 (PRU 14).
Pada ketika itu, Abdul Kadir Jasin selaku jurucakap rasmi PH lantang mempersoal perbelanjaan Sultan Muhammad V semata-mata berdasarkan satu jadual yang tular di WhatsApp dan We Chat yang tidak diketahui sumbernya.
Susulan daripada tindakan Jasin, TTF mengambil inisiatif menerbitkan angaran perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong yang serener bagi tempoh 16 bulan yang sama berdasarkan sumber Istana yang sah yang sedia diketahui oleh Jasin dan pemimpin-pemimpin PH lain.
KUALA LUMPUR: Para pengguna Facebook digemparkan baru-baru ini dengan satu kenyataan oleh seorang berbangsa Cina yang mendakwa kononnya mereka yang sebangsa dengannya diperuntukkan hak oleh Perlembagaan Persekutuan untuk mengkritik dan membuat spekulasi terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Richard Chung, menerusi posting di Facebooknya (lihat gambar dibawah), berhujah bahawa Agong dianugerahkan faedah di sekitar RM250,000,000.00 setiap 16 bulan menggunakan cukai yang 90 peratus darinya dibiayai oleh rakyat Malaysia berbangsa Cina.
Menurut Chung lagi, bangsa Cina turut mempunyai hak mengkritik dan membuat spekulasi terhadap Agong kerana 90 peratus daripada faedah yang diterima Agong berasal dari cukai yang disalurkan oleh mereka.
Hinaan sebegini terhadap institusi raja-raja sebenarnya telah bermula sejurus selepas kemenangan Pakatan Harapan di pilihanraya umum ke-14 (PRU 14).
Pada ketika itu, Abdul Kadir Jasin selaku jurucakap rasmi PH lantang mempersoal perbelanjaan Sultan Muhammad V semata-mata berdasarkan satu jadual yang tular di WhatsApp dan We Chat yang langsung tidak diketahui sumbernya.
Jadual perbelanjaan Sultan Muhammad V yang tular di WhatsApp dan We Chat
Jadual tersebut, yang memberikan satu pecahan perbelanjaan yang agak terperinci, merumuskan bahawa Sultan Muhammad V selaku Yang di-Pertuan Agong ke 15 membelanjakan sebanyak RM256, 907, 470 bermula dari 16hb Disember 2016 hingga ke 30hb April 2017.
Tindakan Jasin mempersoal perbelanjaan baginda Sultan berdasarkan maklumat yang tidak diketahui pucuk pangkalnya menyebabkan ramai netizen Melayu-Islam tidak berpuas hati dan tertanya-tanya apakah niat sebenar kerajaan PH di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Susulan daripada tindakan Jasin, TTF mengambil inisiatif menerbitkan satu angaran perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh 16 bulan yang sama berdasarkan sumber-sumber Istana sah yang sedia berada di bawah pengetahuan Jasin.
Anggaran perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong yang betul
Pendedahan tersebut berjaya membuktikan bahawa Jasin sengaja memperlekeh dan menghina Sultan Muhammad V atas niat mencucuk jarum kebencian rakyat terhadap institusi raja-raja.
Pendedahan tersebut turut membuktikan bahawa Mahathir berniat jahat terhadap Yang di-Pertuan Agong memandangkan beliau sendiri berpura-pura tidak tahu akan perbelanjaan sebenar Sultan Muhammad V.
Jasin tidak pernah meminta maaf ataupun disoal siasat oleh pihak berkuasa hingga ke hari ini.
Maka tidak hairanlah jika manusia seperti Richard Chung berani tampil ke hadapan menghina Agong dan berlagak seolah-olah institusi raja-raja berada di bawah tapak kaki Bangsa DAP.
Malah, saya tidak hairan sekiranya tiada tindakan yang diambil ke atas Chung memandangkan Perdana Menteri kita sendiri terbukti tidak menghormati institusi raja-raja apabila bersekongkol dengan Jasin untuk menghina Sultan Muhammad V.
Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would allow us bring more such content in the future. And it only takes a minute. Click the donate button below to make a contribution.
Alternatively, send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.
FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:
Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter
Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook
TowardsGE15 on Facebook
Gagasan Tiga (G3) on Facebook
The Third Force (Telegram)
