Rithaudeen: Saya haya menunggu bilakah Guan Eng akan didakwa di mahkhamah

Lim Guan Eng sememangnya perlu menjawab segala pertuduhan dan pendedahan-pendedahan yang dibuat berkenaan skandal Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang sejak sebelum PRU14 lagi. Sumber (gambar): Fail TTF

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri akan didakwa di mahkamah pada esok kerana dipercayai menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang (lihat petikan berita di bawah).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

RJR: Saya hanya menunggu tarikh Lim Guan Eng bakal dihadapkan ke mahkhamah atas tuduhan salahguna kuasa ketika beliau masih lagi bergelar Ketua Menetri Pulau Pinang.

Sejak sebelum PRU14 lagi, beliau dikatakan telah memasuki beberapa perjanjian sulit dengan pemilik entiti peneraju syarikat pengerak khas (SPV) yang dianugerahkan Projek Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang dan dijanjikan 10% dari nilai pulangan projek tersebut.

Malah, TTF sebelum ini pernah mendedahkan bagaimana Guan Eng berjanji untuk memberikan projek tersebut kepada pemilik Syarikat Zenith Consortium BUCG biarpun Request for Proposal (RFP) bagi projek tersebut masih belum dibuka kepada syarikat-syarikat yang layak (lihat pautan bagi artikel berkaitan di bawah).

Siasatan TTF pada ketika itu mendapati bahawa SPV yang terbabit sememangnya tidak layak dianugerahkan projek tersebut kerana tidak memiliki hampir keseluruhan daripada nilai RM381 juta (dalam bentuk modal berbayar) yang disyaratkan perlu bagi sesebuah syarikat layak untuk dipertimbangkan bagi projek tersebut. 

Ini sekaligus menandakan bahawa Lim Guan Eng serta kuncu-kuncu beliau dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang lepas melanggar beberapa syarat dan peraturan tatacara perlaksanaan perolehan dalam menganugerahkan projek tersebut kepada SPV yang berkenaan.

Mereka berbuat demikian dengan bersubahat bersama pemilik utama syarikat Zenith untuk melakukan penipuan-penipuan tertentu dalam kertas pembentangan SPV berkenaan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Penipuan-penipuan tersebut sekaligus membolehkan pihak Lim Guan Eng berpura-pura bahawa sebuah syarikat pembinaan dari China, iaitu China Railway Construction Corporation (atau singkatnya, CRCC), merupakan salah sebuah syarikat pemegang saham bersama dalam projek tersebut.

Anehnya, tidak ada satu apapun usaha dari pihak Lim Guan Eng untuk mendapatkan kepastian – samada secara bertulis ataupun lisan – dari CRCC bahawa syarikat tersebut sememangnya pemegang saham bersama dalam projek tersebut.

Hakikatnya, bukan hanya CRCC merupakan kontraktor utama semata-mata, tidak ada satu apapun dokumen yang disertakan oleh pihak Zenith dalam timbunan dokumen yang diserahkan oleh syarikat tersebut kepada kerajaan Pulau Pinang yang mampu membuktikan secara sah bahawa CRCC merupakan pemegang saham bersama dalam projek terowong.

Ya, memang sudah lama saya tunggu untuk Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkhamah.

RJ Rithaudeen


KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri akan didakwa di mahkamah pada esok kerana dipercayai menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Sumber berkata, pada Februari 2018, lelaki berusia 38 tahun itu telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima wang berkenaan daripada syarikat pembinaan utama projek terbabit selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dijalankan SPRM.

“Pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar Julai dan Ogos 2017.


“Pembayaran pertama berjumlah RM2 juta dibuat pada Julai 2017 manakala bayaran kedua sebanyak RM15 juta pula dibuat pada bulan sama,” jelasnya.

Menurutnya, baki sebanyak RM2 juta pula dibayar pada Ogos 2017 dan kesemua pembayaran tersebut dilakukan di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Tambahnya, suspek akan berdepan dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi esok.

Diadaptasikan dari:


ARTIKEL-ARTIKEL BERKAITAN

Tunnel scam: Mahathir clearly protecting Guan Eng from criminal prosecution

What about the Undersea Tunnel scam, Guan Eng?

Proof that Lim Guan Eng is the purveyor of fake news (please read in full)

Lim Guan Eng and his amazing conspiracy theories


Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

The Third Force on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gerakan Bangsa Nasional

The Third Force (Telegram)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...