RJ Rithaudeen: Apa lagi yang kaum DAP mahu? Zakir disula?

Apakah Kerk tidak tahu bahawa tindakan kaum DAP yang suka sangat keluarkan pendapat kontroversi tanpa soal selidik dianggap tidak beradab, tidak diplomatik dan mampu ganggu gugat keamanan dan perpaduan antara kaum? Sumber (gambar): TTF

Apakah exco DAP Melaka Kerk Chee Yee tidak tahu akan kewujudan telefon yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan Rafiq bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kedatangan Zakir ke Melaka?

Apa, DAP dengan PPBM dah tak boleh berkomunikasi ke? Pakatan dengan Pakatan pun dah mula buat hal ke? 

Kerk menjelaskan bahawa beliau tidak menafikan hak Zakir untuk datang ke negeri Melaka, namun kehadirannya tidak dialukan kerana telah menimbulkan kontroversi antara masyarakat Malaysia.

Persoalannya, siapakah selain daripada kaum DAP yang timbulkan kontroversi? Pernahkah Kerk mendengar keluhan daripada majoriti yang beragama Islam di Melaka berkenaan kehadiran Zakir di negeri itu?


SUBANG JAYA: Menyelar Dr Zakir Naik sebagai ekstremis dan rasis, DAP sudah buat. Mendesak beliau dihantar pulang ke India, DAP dah buat. Menghalang Zakir daripada berceramah, Bukit Aman dah buat.

Apa lagi kaum DAP mahu?




Apakah DAP hanya akan berpuas hati sekiranya Zakir disalai ataupun disula di umum? Adakah DAP terus ingin cucuk jarum kebencian di kalangan masyarakat Cina terhadap Zakir dengan berburuk sangka terhadap penceramah itu tanpa segan dan silu?

Setahu saya, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen memuat naik satu poster “Malam Islam Bersatu” di Facebook beliau yang hanya memaparkan Zakir Naik sebagai tetamu jemputan.

Itu pun DAP bising?

Mengapa pula DAP, yang selama ini menjuarakan kebebasan bersuara, tidak bising apabila pihak Bukit Aman menghalang terus Zakir daripada berceramah?

Tidak cukupkah Lim Kit Siang berburuk sangka terhadap Zakir dengan menuduh bukan-bukan tanpa pernah berusaha untuk berjumpa dengan penceramah tersebut bagi mendapatkan penjelasan?

Apakah exco DAP Melaka Kerk Chee Yee tidak tahu akan kewujudan telefon yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan Rafiq bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kedatangan Zakir ke Melaka?

Apa, DAP dengan PPBM dah tak boleh berkomunikasi ke? Pakatan dengan Pakatan pun dah mula buat hal ke?

Kerk menjelaskan bahawa beliau tidak menafikan hak Zakir untuk datang ke negeri Melaka, namun kehadirannya tidak dialukan kerana telah menimbulkan kontroversi antara masyarakat Malaysia.

Persoalannya, siapakah selain daripada kaum DAP yang timbulkan kontroversi? Pernahkah Kerk mendengar keluhan daripada majoriti yang beragama Islam di Melaka berkenaan kehadiran Zakir di negeri itu?

Bagaimana pula dengan kontroversi yang Kerk timbulkan?

Apakah Kerk tidak tahu bahawa tindakan kaum DAP yang suka sangat keluarkan pendapat kontroversi tanpa soal selidik dianggap tidak beradab, tidak diplomatik dan mampu ganggu gugat keamanan dan perpaduan antara kaum?

Apa, Kerk fikir kami ni baruah DAP ke nak berdiam diri sampai bila-bila?

RJ RITHAUDEEN


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...