RJ Rithaudeen: Kenyataan terbaru Zakir Naik mantap, terpuji dan menyebabkan saya teramat menghormatinya

Saya berasa amat kagum dengan Zakir Naik kerana berfikiran mantap selaras dengan tuntutan agama Islam. Sumber (gambar): TTF

Menurut Zakir sepertimana dilaporkan portal berita Utusan Online, bertelingkah sesama sendiri akibat berbeza pendapat adalah lumrah manusia dan dunia, namun, apabila ‘pihak ketiga’ muncul, umat Islam patut berhenti berbalah dan segera bersatu.

“Kita boleh berbeza pendapat, tidak ada masalah. Biarlah ada 10 kumpulan Islam atau 10 organisasi kebajikan Islam, tidak ada masalah. Malah tidak mengapa jika kita ada 10 parti Islam sekalipun,” katanya.

Tidak kira pembangkang atau kerajaan, perbezaan pendapat dari segi urus tadbir negara dalam konteks masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama sememangnya menjadi lumrah dunia dan tidak bermakna Melayu-Islam berpecah atau tidak bersatu.

Penyatuan ummah dalam ertikata sebenar bermula apabila semua kelompok Melayu-Islam sehaluan, sehati sejiwa dan sependapat dalam hal-hal melibatkan kedaulatan Islam, kebajikan masyarakat Islam serta aspek-aspek pentadbiran selaras dengan tuntutan agama Islam.


SUBANG JAYA: Kenyataan yang dikeluarkan penceramah tersohor antarabangsa Dr. Zakir Naik semalam di Stadium Sultan Muhammad IV amat tepat, mantap dan harus dihayati setiap yang beragama Islam di negara ini.

Menurut Zakir sepertimana dilaporkan portal berita Utusan Online, bertelingkah sesama sendiri akibat berbeza pendapat adalah lumrah manusia dan dunia, namun, apabila ‘pihak ketiga’ muncul, umat Islam patut berhenti berbalah dan segera bersatu.




Jika tidak kata beliau, natijahnya cukup besar iaitu Islam akan jatuh manakala pihak musuh pula menjadi bertambah kuat sekali gus bakal mendapat kuasa yang mereka idam-idamkan.

“Kita boleh berbeza pendapat, tidak ada masalah. Biarlah ada 10 kumpulan Islam atau 10 organisasi kebajikan Islam, tidak ada masalah. Malah tidak mengapa jika kita ada 10 parti Islam sekalipun.

“Tetapi apabila pihak ketiga ini muncul, kita harus bersatu. Ini mesej saya kepada umat Islam, tolonglah bersatu atau Islam akan jatuh,” katanya dalam sesi soal jawab Pidato Perdana Perpaduan Ummah.

Ini sejajar dengan beberapa teras yang dipegang bersama kepimpinan pusat Gerakan Bangsa Nasional (GBN) dan kena pada masanya.

Hakikatnya, tidak menjadi isu berapa banyak parti politik Melayu-Islam ataupun kelompok Melayu-Islam yang wujud di negara ini.

Tidak kira pembangkang atau kerajaan, perbezaan pendapat dari segi urus tadbir negara dalam konteks masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama sememangnya menjadi lumrah dunia dan tidak bermakna Melayu-Islam berpecah atau tidak bersatu.

Penyatuan ummah dalam ertikata sebenar bermula apabila semua kelompok Melayu-Islam sehaluan, sehati sejiwa dan sependapat dalam hal-hal melibatkan kedaulatan Islam, kebajikan masyarakat Islam serta aspek-aspek pentadbiran selaras dengan tuntutan agama Islam.

Loading...

Kesemua ini mampu dicapai menerusi muzakarah sesama pemimpin kesemua kelompok Melayu-Islam terutamanya apabila muncul pihak ketiga yang cuba memecah belahkan ummah atau memperdaya umat Islam dengan amalan syirik dan bidaah.

 Terdahulu ketika menjawab soalan salah seorang hadirin berkaitan keganasan yang sering dikaitkan dengan Islam, Zakir berkata, negara-negara Islam gagal menangkis tohmahan kerana gagal bersatu selepas dipecah belah oleh pihak musuh.

Dalam perkembangan lain, beliau memuji Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menyifatkan Perdana Menteri sebagai salah seorang pemimpin Islam yang tegas serta berani menegur kuasa besar seperti Amerika Syarikat. 

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...