RJ Rithaudeen: Latheefa bersubahat dengan Tommy Thomas dan Masri untuk melindungi Guan Eng?

Saya ingin membawa perhatian Latheefa kepada satu elemen yang amat meragukan dalam cara kes banglo Lim Guan Eng diselesaikan. Summer (gambar): TTF

Apakah Latheefa kurang arif berkenaan hal-hal perundangan sehingga tidak sedar akan wujudnya konflik kepentingan dalam keputusan pihak AGC menggugurkan tuduhan terhadap Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon?

Dua hari selepas Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan, Datuk Abu Backer Sidek membuat laporan SPRM sambil mendesak Thomas meletakkan jawatan.

Menurut Backer, laporan tersebut bertujuan meminta pihak SPRM menjalankan siasatan dakwaan salah guna kuasa terhadap Thomas dan Masri.

Persoalanya, adakah Latheefa, yang kononnya tidak memilih bulu, menjalankan siasatan terhadap laporan tersebut atau adakah beliau bersubahat dengan Thomas dan Masri untuk melindungi Guan Eng?


PUCHONG: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, semalam menegaskan bahawa pihaknya tidak bercadang membuka semula kes rasuah banglo melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, memandangkan kes tersebut sudahpun diputuskan oleh mahkamah.

Bercakap kepada sidang media, Latheefa menambah bahawa pihaknya hanya akan membuka semula kes tersebut sekiranya didapati terdapat unsur salah dalam proses makhkamah.

Justeru, saya ingin membawa perhatian Latheefa kepada satu elemen yang amat meragukan dalam cara kes tersebut diselesaikan.


Pada mulanya, pihak SPRM menafikan bulat-bulat akan cuba mengugurkan kes dan menjelaskan bahawa kuasa untuk berbuat demkian hanya dimiliki Jabatan Peguam Negara bawah Tommy Thomas.

Lapan hari kemudian, Thomas menarik diri daripada semua pertimbangan dengan menerima prinsip konflik kepentingan yang diguna pakai terhadapnya.

Ketika dihubungi, Jabatan Peguam Negara menjelaskan bahawa Thomas tidak akan terlibat dalam apa juga keputusan yang akan dibuat oleh AGC terhadap kes tersebut yang pada ketika itu masih belum selesai.

Anehnya, yang bersetuju dengan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, untuk menggugurkan semua tuduhan terhadap Guan Eng dan Li Khoon tak lain tak bukan Jabatan Thomas sendiri.

Pada 3 hb September 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskan Guan Eng serta ahli perniagaan Phang Li Khoon daripada dakwaan bersubahat.

Ia berikutan permohonan Masri melalui representasi yang dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan-tuduhan berkenaan.

Apabila pihak pendakwaan memohon supaya Guan Eng dan Li Koon hanya dilepas tanpa dibebaskan, Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail memihak kepada peguam bela sambil berhujah bahawa tuduhan terhadap mereka tidak boleh dibiarkan tergantung begitu sahaja.

“Saya tidak boleh bersetuju dengan pihak pendakwaan. Mahkamah tidak menjalankan kes secara ansuran, mesti ada penamat dan bukan tanda koma, koma.

“Jadi selepas mengkaji keseluruhan kes dan masa yang lama untuk membuat keputusan, mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan,” katanya.

Persoalannya, apakah Latheefa kurang arif berkenaan hal-hal perundangan sehingga tidak sedar akan wujudnya konflik kepentingan dalam keputusan pihak AGC menggugurkan semua tuduhan?

Bukankah Thomas selaku Peguam Negara semestinya bertanggungjawab terhadap segala apa keputusan yang dibuat AGC?

Bukankah keraguan yang timbul susulan keputusan tersebut – termasuk penipuan Jabatan Thomas bahawa beliau tidak akan terlibat dalam apa jua kapasiti – menepati syarat Latheefa berkenaan perlunya “unsur yang salah dalam proses makhkamah” sebelum sesuatu kes dirujuk semula?

Dua hari selepas Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan untuk melepas dan membebaskan Guan Eng dan Li Khoon, Datuk Abu Backer Sidek membuat laporan SPRM sambil mendesak Thomas meletakkan jawatan.

Menurut Backer, laporan tersebut bertujuan meminta pihak SPRM menjalankan siasatan dakwaan salah guna kuasa terhadap Thomas dan Masri.

Adakah Latheefa, yang kononnya tidak memilih bulu, menjalankan siasatan terhadap laporan tersebut, atau adakah beliau berselindung di belakang Thomas dan Masri untuk melindungi Guan Eng?

RJ RITHAUDEEN

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...