
Portal berita Utusan Online hari ini memetik penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai berkata Tun Dr Mahathir Mohamad salah apabila menggelarkan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) sebagai rasis.
Tetapi ramai yang tidak tahu, pada 20hb Jun 1980, Kit Siang cuba mengusulkan di parlimen pindaan kepada Akta Pendidikan 1961 bagi melucutkan hak kerajaan persekutuan menukar status mana-mana sekolah rendah jenis kebangsaan kepada sekolah kebangsaan demi memupuk integrasi nasional.
Pada 24 hb November 1984 pula, beliau memberitahu forum di Universiti Malaya bahawa pentadbiran Mahathir cuba mengislamkan ekonomi, pendidikan, pentadbiran serta corak hidup bangsa nasional tanpa mengemukakan apa-apa bukti.
Saya menyeru kepada pihak kerajaan untuk bekerjesama dengan pihak PDRM dan RoS untuk menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi meneliti kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA, DAP, Dong Zong serta Jiao Zong baru-baru ini dan menimbangkan pengharaman kesemua entiti tersebut demi memupuk dan menjamin pencapaian integrasi nasional dalam ertikata yang sebenar.
PETALING JAYA: Portal berita Utusan Online hari ini memetik penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai berkata Tun Dr Mahathir Mohamad salah apabila menggelarkan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) sebagai rasis.
Menurut portal tersebut, Kit Siang turut menyangkal dakwaan Dong Zong bahawa pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) sebagai permulaan Islamisasi.
Tindakkan Kit Siang cuba meleraikan keadaan ini sebenarnya teramat hipokrit, kerana beliau sendiri sebelum ini mendakwa bahawa kerajaan pimpinan Melayu Islam cuba mengislamisasikan sistem pentadbiran negara dan juga pelajar menerusi universiti tempatan.
Ini bukannya rekaan semata-mata.
Pada 20hb Jun 1980, beliau cuba mengusulkan di parlimen pindaan kepada Akta Pendidikan 1961 bagi melucutkan hak kerajaan persekutuan menukar status mana-mana sekolah rendah jenis kebangsaan kepada sekolah kebangsaan demi memupuk integrasi nasional.
Pada 24 hb November 1984 pula, beliau memberitahu forum di Universiti Malaya bahawa pentadbiran Mahathir cuba mengislamkan ekonomi, pendidikan, pentadbiran serta pelbagai corak hidup bangsa nasional tanpa mengemukakan apa-apa bukti.
Dua tahun kemudian, beliau mengulangi dakwaan tersebut di Universiti Sains Malaysia sambil menuduh kerajaan persekutuan mengambil secara paksa kanak-kanak di bawah umur dari ibubapa mereka agar kanak-kanak tersebut boleh diislamkan.
Kini, apabila puak-puak MCA, Dong Zong, Jiao Zong dan DAP sendiri cuba mengaburi mata orang Cina dengan mendakwa pembelajaran Jawi tidak membantu dalam pemahaman Bahasa Melayu, beliau langsung tidak mengambil inisiatif untuk memperbetulkan persepsi.
Sebaliknya, beliau terus mengaburi mata rakyat dengan mendakwa bahawa tindakan kerajaan mewajibkan pembelajaran jawi bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Sekiranya itulah dakwaan beliau, maka tidak salah jika kerajaan persekutuan bertindak mengharamkan semua sekolah vernakular kerana kewujudan sekolah-sekolah tersebut tidak dilindungi Perlembagaan Persekutuan.
Saya menyeru kepada pihak kerajaan untuk bekerjesama dengan pihak PDRM dan RoS untuk menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi meneliti kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA, DAP, Dong Zong serta Jiao Zong baru-baru ini dan menimbangkan pengharaman kesemua entiti tersebut demi memupuk dan menjamin pencapaian integrasi nasional dalam ertikata yang sebenar.
GERAKAN BANGSA NASIONAL
