
Masyarakat Islam Tanah Air dinasihatkan agar tidak menghadiri perhimpunan “Say No to Zakir Naik” esok yang disyaki didalangi beberapa puak minoriti berkepentingan yang cuba menimbulkan suasana huru-hara di negara ini.
Tindakan ‘turun padang’ bagi menunjukkan sokongan terhadap Zakir harus dilakukan pada hari yang lain memandangkan golongan yang menentang penetapan terus pendakwah tersebut di Malaysia adalah teramat minoriti dan disyaki disogok bagi melakukan rusuhan.
Sebarang kekecohan yang timbul hanya akan membawa kemenangan kepada DAP yang akan menggunakan situasi huru-hara yang timbul sebagai alasan mengapa Zakir perlu dihantar balik.
Janganlah disebabkan tindakan jahat sekumpulan kecil individu masyarakat Islam terjerat dan melakukan perkara yang hanya akan menguntungkan musuh Islam.
SUBANG JAYA: Masyarakat Islam Tanah Air dinasihatkan agar tidak menghadiri perhimpunan “Say No to Zakir Naik” esok yang disyaki didalangi beberapa puak minoriti berkepentingan yang cuba menimbulkan suasana huru-hara di negara ini.
Kemenangan masyarakat Islam menumpaskan anasir jahat yang cuba memerangi Islam akan bermula apabila mereka menjauhkan diri dari perhimpunan tersebut agar pihak berkuasa boleh bertindak tegas menumpaskan segala usaha puak yang mendalanginya.
Tindakan ‘turun padang’ bagi menunjukkan sokongan terhadap Zakir harus dilakukan pada hari yang lain memandangkan golongan yang menentang penetapan terus pendakwah tersebut di Malaysia adalah teramat minoriti dan disyaki disogok bagi melakukan rusuhan.
Sebarang kekecohan yang timbul hanya akan membawa kemenangan kepada DAP yang akan menggunakan situasi huru-hara yang timbul sebagai alasan mengapa Zakir perlu dihantar balik.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe, notis yang dikemukakan penganjur tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang.
“Pihak polis sudah menerima notis pemakluman daripada penganjur mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung hasrat mengadakan satu perhimpunan ‘Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians dan Other Races’ pada 24 Ogos (esok) jam 2 petang di ‘Water Fountain Little India’, Brickfields.
“Bagaimanapun, notis dikemukakan didapati tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang,” katanya kepada Bernama sepertimana dilaporkan portal berita itu.
Janganlah disebabkan tindakan jahat sekumpulan kecil individu masyarakat Islam terjerat dan melakukan perkara yang hanya akan menguntungkan musuh Islam.
RJ RITHAUDEEN
