RJ Rithaudeen: Penghinaan Saifuddin terhadap Sultan Johor dalam isu Iftar amat ketara

Tindakan tidak bertanggungjawab Saifuddin ini membuka ruang kepada seseorang yang tidak cukup dalam pengetahuannya berkenaan sunnah Nabi Muhammad SAW serta amalan para sahabat Nabi memulakan polemik yang bersifat membelakangkan golongan ulama serta institusi di raja. Sumber (gambar): Malaysiakini

Penghinaan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution terhadap institusi di Raja amat ketara apabila beliau bertindak mempersoal secara tidak langsung tindakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menegur MP Johor Bahru Akmal Nasir kerana hadir majlis iftar hubungan antara agama di gurdwara Sikh di negeri itu pada Selasa lalu

Adalah tidak wajar bagi Saifuddin membuat tafsiran-tafsiran terbuka apabila melibatkan titah ketua agama Islam negeri Johor, apatah lagi sekiranya beliau (Saifuddin) tidak memiliki pertauliahan sah melakukan ijtihad ataupun istinbath (inferensi) hukum-hukum syariat dari sumber-sumber muktabar dan diandalkan.


PETALING JAYA: Penghinaan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution terhadap institusi di Raja amat ketara apabila beliau bertindak mempersoal secara tidak langsung tindakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menegur MP Johor Bahru Akmal Nasir kerana hadir majlis iftar hubungan antara agama di gurdwara Sikh di negeri itu pada Selasa lalu

Tersasarnya Saifuddin dari pucuk pangkal isu sebenar terserlah apabila beliau memetik seorang sarjana Islam yang menerusi sebuah buku tulisannya mendakwa orang bukan Islam memiliki kebebasan beribadat seiring dengan orang Islam, malah boleh melakukan ritual mereka di dalam masjid.




“Beliau merujuk buku berjudul The Higher Objective of Humanity oleh Azman Hussin, yang memetik sirah Nabi Muhammad mengenai kunjungan rombongan Kristian dari Najran yang menziarahi Rasulullah SAW di Madinah.

“Nabi Muhammad SAW menurut buku itu menyambut rombongan Kristian Najran di masjid, yang mana mereka dibenarkan melakukan ibadat mereka,” jelas portal berita Malaysiakini.

Hakikatnya, teguran Sultan Johor terhadap Bahru Akmal adalah berhubung anjuran bersama majlis iftar di perkarangan Gurdwara oleh MP berkenaan dengan pihak Gurdwara dalam keadaan rombongan Bahru Akmal tidak cemas ataupun tidak terdesak.

Kisah Nabi yang dipetik Saifuddin sangat berbeza, kerana ianya merujuk kepada kerelaan Nabi Muhammad SAW membenarkan rombongan Kristian Najran melakukan ibadat mereka di masjid, bukan sebaliknya.

Apapun, adalah tidak wajar bagi Saifuddin membuat tafsiran-tafsiran terbuka sebegini apabila melibatkan titah ketua agama Islam negeri Johor, apatah lagi sekiranya beliau (Saifuddin) tidak memiliki pertauliahan sah melakukan ijtihad ataupun istinbath (inferensi) hukum-hukum syariat dari sumber-sumber muktabar dan diandalkan.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini membuka ruang kepada seseorang yang tidak cukup dalam pengetahuannya berkenaan sunnah Nabi Muhammad SAW serta amalan para sahabat Nabi memulakan polemik yang bersifat membelakangkan golongan ulama serta institusi di raja.

RJ RITHAUDEEN

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...