RJ Rithaudeen: Siasat peranan Tommy dan Ambiga di sebalik Langkah Kajang, ada unsur jenayah

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy Rithaudeen menunjukkan dua laporan polis terhadap Datuk S.Ambiga dan Penguam Negara Tommy Thomas mengenai kes saman fitnah RM90 juta di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, hari ini. Sumber (gambar): Malaysia Gazette

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy Rithaudeen mendakwa, Tommy membocorkan maklumat rahsia berkenaan urusan peribadi dan perakaunan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Ambiga, yang seterusnya bertindak memberikan maklumat tersebut kepada orang-orang tertentu dalam PKR.

“Kononnya Langkah Kajang dirancang oleh Rafizi, cerita sebenarnya ialah satu konspirasi melibatkan Ambiga dengan Tommy. Pada ketika itu Tommy adalah peguam yang mewakili Bank Islam.


SUBANG JAYA: Peguam Negara, Tommy Thomas dan bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga perlu disiasat susulan dakwaan melanggari Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana mendedahkan maklumat bank kepada umum pada 2014.

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy Rithaudeen mendakwa, Tommy membocorkan maklumat rahsia berkenaan urusan peribadi dan perakaunan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Ambiga, yang seterusnya bertindak memberikan maklumat tersebut kepada orang-orang tertentu dalam PKR.

Beliau mendakwa, maklumat itu kemudiannya digunakan oleh pemimpin-pemimpin PKR termasuk Rafizi Ramli untuk mencetuskan Langkah Kajang seterusnya menggulingkan Abdul Khalid daripada jawatan Menteri Besar Selangor.


“Kononnya Langkah Kajang dirancang oleh Rafizi, cerita sebenarnya ialah satu konspirasi melibatkan Ambiga dengan Tommy. Pada ketika itu Tommy adalah peguam yang mewakili Bank Islam.

“Tommy telah membocorkan rahsia maklumat peribadi dan perakaunan milik Abdul Khalid dan maklumat itu sampai ke tangan Ambiga seterusnya diserahkan kepada orang-orang tertentu dalam PKR.

“Maklumat itu kemudiannya diselitkan Datuk Saifuddin Nasution dalam dossier hingga menjadi asas kepada Langkah Kajang untuk Abdul Khalid digulingkan.

“Ia satu inisiatif untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini, hari ini.

Raggie Jessy turut meminta agar Ambiga dan Tommy disiasat di atas pelanggaran Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK).

Sumber: Malaysia Gazette


Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

The Third Force on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gagasan Tiga (G3) on Facebook

The Third Force (Telegram)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...