RJ Rithaudeen: Tidak mungkin akan berlaku PRU mengejut

Isu Statut Rom dan ICERD yang difikirkan UMNO memihak kepada pembangkang sebenarnya boleh dimanipulasi oleh DAP sebagai ‘bukti’ pihak kerajaan boleh bertolak ansur dan tidak mengenepikan kehendak majoriti Melayu-Islam, berbeza dengan kerajaan BN terdahulu yang ‘mengenepikan’ keluhan MCA dan DAP dalam isu RUU 355 yang dibawa oleh Dato’ Seri Abdul Hadi Awang. Sumber (gambar): Fail TTF

PRK sudah beransur-ansur berubah menjadi medan bagi sebilangan rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati dengan harapan pihak yang ditolak akan akur dengan kehendak mereka, berubah dan bertindak melakukan apa yang dituntut.

Disebabkan ini, kemenangan di PRK tidak lagi akan memastikan kemenangan di PRU, memandangkan ada di kalangan rakyat sudah cukup matang untuk menggunakan PRK sebagai medan penyedaran, tidak lebih dari itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengadakan PRU mengejut bukan kerana beliau tidak yakin PH akan menang, tetapi kerana beliau ingin menguburkan karier politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu dan memastikan Dato’ Seri Azmin Ali dapat mengambil alih kerajaan.


KOTA KINABALU: Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, hari ini yang menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat adalah tepat, walaupun sebab yang diberikan beliau mungkin bercanggah dengan realiti politik semasa.

Menurut laporan Sinar Harian yang diterbitkan sebentar tadi, Annuar tidak setuju perkara ini akan terjadi kerana Pakatan Harapan (PH) dilihat tidak mungkin akan membubarkan Parlimen akibat daripada sokongan pada mereka yang dilihat tidak menentu.




“PRU15 mengejut? itu satu telahan, mungkin Ku Li ada sebab tersendiri tapi pada saya itu tidak mungkin berlaku kerana PH tidak akan membubarkan Parlimen kecuali terpaksa.

“Lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana sokongan pada mereka berada pada tahap tidak baik, tentu mereka tidak semena-mena adakan PRU tetapi apa yang dimaksudkan Ku Li ialah kerajaan berada dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya jika berlaku pergeseran dalam PH,” kata Annuar kepada media.

Annuar dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, bahawa terdapat kemungkinan PRU15 akan berlaku secara mengejut atau diadakan lebih awal.

Hakikatnya, PH sememangnya mengalami defisit sokongan di beberapa kawasan di semenanjung berdasarkan keputusan beberapa pilihanraya kecil (PRK) yang berlangsung baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, pihak Barisan Nasional mahupun kelopmpok-kelompok politik dan bukan politik pro-pembangkang tidak harus leka, kerana PRK yang baru berlangsung di Sandakan, Sabah jelas menampakkan peralihan sokongan Muslim-Bumiputra kepada DAP dalam kadar yang agak memeranjatkan.

Perkara ini terjadi biarpun DAP dikecam majoriti masyarakat Melayu-Islam di semenanjung akibat dari tindakan kerajaan PH di bawah penguasaan DAP menyerang institusi diraja dan mengaibkan agama Islam serta institusi-institusi berteraskan Islam.

Malah, DAP turut dilihat melacurkan hak-hak istemewa Melayu-Islam dan Bumiputra di media sosial dan media arus perdana dan turut dituduh merompak aset-aset Melayu-Islam menerusi penguasaan beberapa aset milik Tabung Haji.

Loading...

Justeru, kemenangan di PRK yang dilihat memihak kepada permuafakatan PAS-UMNO tidak boleh dijadikan belkalan untuk dibawa ke PRU-15 kerana ianya mampu memberikan persepsi yang tidak betul kepada penyokong kedua-dua parti berkenaan.

Sebelum PRU-14, kemenangan yang berpihak kepada Barisan Nasional di Kuala Kangsar dan Sungai Besar di salah tafsir oleh BN sebagai tanda berlakunya peralihan sokongan pengundi Cina kepada BN dan MCA.

Tetapi perkara ini tidak berlaku semasa PRU-14.

Sebaliknya, PRU-14 menampakkan peralihan sokongan pengundi Cina yang lebih ketara kepada parti-parti yang dilihat bersekongkol dengan DAP, termasuk PPBM dan Amanah.

Hakikatnya, PRK sudah beransur-ansur berubah menjadi medan bagi sebilangan rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati dengan harapan pihak yang ditolak akan akur dengan kehendak mereka, berubah dan bertindak melakukan apa yang dituntut.

Disebabkan ini, kemenangan di PRK tidak lagi akan memastikan kemenangan di PRU, memandangkan ada di kalangan rakyat sudah cukup matang untuk menggunakan PRK sebagai medan penyedaran, tidak lebih dari itu.

Justeru, tidak mustahil sebahagian daripada pengundi yang menentang PH di PRK mengundi pergabungan tersebut di PRU-15 kerana yakin bahawa ianya masih baru dan mampu berubah ke arah merealisasikan aspirasi rakyat.

DAP tahu akan perkara ini.

Malah, isu Statut Rom dan ICERD yang difikirkan UMNO memihak kepada pembangkang sebenarnya boleh dimanipulasi oleh DAP sebagai ‘bukti’ bahawa pihak kerajaan boleh bertolak ansur dan tidak mengenepikan kehendak majoriti Melayu-Islam, berbeza dengan kerajaan BN terdahulu yang ‘mengenepikan’ keluhan MCA dan DAP dalam isu RUU 355 yang dibawa oleh Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Ya, sememangnya DAP akan melakukan apa sahaja bagi memutar-belit isu-isu berteraskan Islam bagi memperdaya golongan Melayu-Islam yang dilihatnya mudah ditupu.

Jadi usahlah kita berfikir bahawa PH akan tumpas sekiranya parlimen dibubarkan dan PRU-15 diadakan dalam masa tredekat.

Umum perlu faham, bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengadakan PRU mengejut bukan kerana beliau tidak yakin PH akan menang, tetapi kerana beliau ingin menguburkan karier politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu dan memastikan Dato’ Seri Azmin Ali dapat mengambil alih kerajaan.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...