
Isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tidak akan kekal lama sebagai Timbalan Perdana Menteri dan akan digantikan dengan seorang yang bukannya Anwar ataupun daripada kalangan penyokong beliau.
Ramai yang tidak tahu, bahawa sebaik sahaja Anwar memenangi pilihanraya kecil Port Dickson, Wan Azizah menyerahkan surat perletakan jawatan beliau kepada Mahathir dengan harapan suaminya akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.
Mahathir pada bila-bila masa boleh ‘menerima’ peletakan jawatan tersebut dan melantik sesiapa sahaja sebagai penganti Wan Azizah, memandangkan surat tersebut bertandatangan tetapi tidak bertarikh.
Apapun, yang pasti, terdapat lebih daripada satu bahan bukti yang mengaitkan Anwar dengan hubungan seks di luar tabii yang turut diketahui isteri serta anak beliau, Nurul Izzah Anwar.
KUALA LUMPUR Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sampai bila-bila.
Berdasarkan perkembangan-perkembangan tertentu yang terkini, kedudukan Dato’ Seri Azmin Ali, yang sebelum ini menjadi pilihan utama Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengganti beliau, tidak begitu meyakinkan dan sedang dirunding semula.
Hasil siasatan tertentu mendapati skandal seks yang melibatkan Azmin dan Haziq ditularkan dengan kerjasama pihak-pihak tertentu dari luar lingkaran pengaruh Pakatan Harapan.
Apapun, isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tidak akan kekal lama sebagai Timbalan Perdana Menteri dan akan digantikan dengan seorang yang bukannya Anwar ataupun daripada kalangan penyokong beliau.
Ramai yang tidak tahu, bahawa sebaik sahaja Anwar memenangi pilihanraya kecil Port Dickson, Wan Azizah menyerahkan surat perletakan jawatan beliau kepada Mahathir dengan harapan suaminya akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan beliau.
Mahathir pada bila-bila masa boleh ‘menerima’ peletakan jawatan tersebut dan melantik sesiapa sahaja sebagai penganti Wan Azizah memandangkan surat tersebut bertandatangan tetapi tidak bertarikh.
Apapun, yang pasti, terdapat lebih daripada satu bahan bukti yang mengaitkan Anwar dengan hubungan seks di luar tabii yang turut diketahui isteri serta anak beliau, Nurul Izzah Anwar.
Mahathir dikatakan telah lama megumpul bukti-bukti tersebut, termasuk bukti penglibatan Nurul dalam skandal seks bersama seorang lelaki dan hubungan Anwar dengan sekumpulan “toy boys” dari Indonesia.
Terdapat juga bukti yang mengesahkan pembabitan Anwar dalam satu konspirasi untuk mengeluarkan sijil-sijil saham palsu kepada individu-individu tertentu semasa beliau menyandang jawatan Menteri Kewangan.
Anwar turut diketahui melakukan penipuan bersifat jenayah dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan pada ketika skandal forex sembilan puluhan sedang memuncak bagi menutup sebahagian besar kerugian Bank Negara Malaysia yang dianggarkan bernilai RM31.5 bilion ringgit.
Beliau turut dikatakan terlibat secara tidak langsung dengan satu rundingan rahsia bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan untuk membawa masuk pistol, sub-machinegun, pelancar roket dan dron ke negara ini.
Rundingan tersebut dilakukan dengan bantuan seorang yang bernama Dato’ Ishak Ismail dan melibatkan sebuah anak syarikat milik anak Erdogan.
Apapun, kedudukan Anwar sebagai ahli parlimen Port Dickson turut menjadi tanda tanya, walaupun perkara ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam satu artikel berasingan dalam masa terdekat.
Bersambung…
RJ RITHAUDEEN
