RJ Rithaudeen: Wan Azizah harus jelaskan sekiranya benar Anwar berjanji jadikan Guan Eng TPM

Sebelum ini, TTF pernah membongkarkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu dari dalam dan luar PKR disyaki mendalangi penyebaran video seks. Sumber (gambar): Fail TTF

Saya menggesa Wan Azizah untuk berterus-terang dengan rakyat Malaysia, khususnya mereka yang beragama Islam, sekiranya benar perkara-perkara berikut:

1. Anwar berjanji kepada Lim Kit Siang untuk mengangkat Lim Guan Eng sebagai Timbalan Perdana Menteri.

2. Anwar berjanji untuk membenarkan DAP menetapkan calon pelantikan Peguam Negara, Ketua SPRM dan Menteri Kewangan.

3. Anwar bersetuju menghapuskan status Bumiputra dan hak istimewa masyarakat Melayu-Islam.


SUBANG JAYA: Kelmarin, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari untuk bekerjasama dengan pihak polis berhubung isu dalang penyebaran video seks sejenis (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “video seks”) yang dikaitkan dengan Azmin.

“Eloklah dia (Mohamed Azmin) dan Menteri Besar Selangor bekerjasama dengan polis. Ini kerana mereka nampak gaya mempunyai maklumat yang sepatutnya dapat menolong dalam penyiasatan kes ini.”

Beliau berkata demikian susulan pengakuan Azmin dan Amirudin bahawa mereka tahu identiti dalang utama penyebaran video tersebut.


Sebelum ini, TTF pernah membongkarkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu dari dalam dan luar PKR disyaki mendalangi penyebaran tersebut.

Wan Azizah dikhuatiri sedang cuba mengalihkan perhatian ahli-ahli parlimen dari hakikat bahawa Azmin pada ketika ini memiliki sokongan majoriti dalam PKR dan mampu mencetuskan undi tidak percaya terhadap Anwar (baca artikel di bawah).

This is how Mahathir will bring Anwar Ibrahim down (Part 1)

Justeru, saya mencabar Wan Azizah untuk dedahkan kepada polis bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang individu yang mendalangi penyebaran video seks.

Saya turut menggesa beliau untuk berterus-terang dengan rakyat Malaysia, khususnya mereka yang beragama Islam, sekiranya benar atau palsu perkara-perkara berikut:

1. Anwar berjanji kepada Lim Kit Siang untuk mengangkat Lim Guan Eng sebagai Timbalan Perdana Menteri.

2. Anwar berjanji untuk membenarkan DAP menetapkan calon bagi pelantikan Peguam Negara, Ketua SPRM dan Menteri Kewangan.

3. Anwar bersetuju menghapuskan status Bumiputra dan hak istimewa masyarakat Melayu-Islam.

RJ RITHAUDEEN

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...