
Sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, Wan Azizah seharusnya memberikan tanggungjawab menangani isu-isu sosial kepada jawatankuasa khusus yang dipengerusikan beliau sendiri agar mempunyai masa yang cukup untuk membantu Mahathir mentadbir negara.
Inikan tidak, apabila Mahathir ke luar negara untuk urusan rasmi, rakyat Malaysia merasakan seolah-olah negara ini diurus tadbir dari perantauan hinggakan pemberita terpaksa bertanya kepada kenyataan Mahathir nun jauh di sana untuk mendapat tahu situasi politik di sini.
Tidakkah anda rasa perkara ini pelik?
Atas rasa pelik inilah ramai di kalangan rakyat Malaysia sudah mula yakin terhadap kebijaksanaan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menolak pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa Langkah Kajang.
SUBANG JAYA: Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah sekadar Patung Jepun di sebelah Tun Dr Mahathir Mohamad dan tidak berfungsi langsung sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Selain daripada meluangkan 100 peratus masanya menangani isu sosial melibatkan wanita dan kanak-kanak, beliau tidak pernah menyokong Perdana Menteri dalam apa jua kapasiti dan hanya tahu mengibas-ngibaskan kipas Jepunnya itu.
Hakikatnya, beliau dilihat menjauhkan diri daripada keputusan-keputusan yang diambil oleh Mahathir dan tidak pernah terlibat secara aktif dalam perangkaan polisi, urusan pentadbiran ataupun perbincangan melibatkan kewangan negara.
Sebagai orang nombor dua kerajaan, beliau seharusnya memberikan tanggungjawab menangani isu-isu sosial kepada jawatankuasa khusus yang dipengerusikan beliau sendiri agar mempunyai masa yang cukup untuk membantu Mahathir mentadbir negara.
Inikan tidak, apabila Perdana Menteri ke luar negara untuk urusan rasmi, rakyat Malaysia merasakan seolah-olah negara ini diurus tadbir dari perantauan hinggakan pemberita terpaksa bertanya kepada Mahathir nun jauh di sana untuk mendapat tahu situasi politik di sini.
Tidakkah anda rasa perkara ini pelik?
Atas rasa pelik inilah ramai di kalangan rakyat Malaysia sudah mula yakin terhadap kebijaksanaan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menolak pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa Langkah Kajang.
Pada ketika itu, Baginda Sultan teramat tidak yakin akan kebolehan Wan Azizah memimpin kerana tahu beliau akan menjadi sekadar proksi kepada suaminya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Hakikatnya, tidak ada sesiapa pun yang boleh salahkan Baginda Sultan kerana merasakan begitu.
Daripada mula menjadi wakil rakyat hinggalah bergelar Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah tidak mampu memberi keyakinan kepada sesiapa bahawa beliau arif tentang pentadbiran negara baik dari segi polisi mahupun pengurusan ekonomi.
Malah, apabila beliau melangkah masuk ke Kajang setelah Lee Chin Cheh undur diri, beliau turut berperanan sebagai Patung Jepun di DUN negeri Selangor kerana tidak mampu mengambil bahagian secara efektif dalam perdebatan yang melibatkan polisi dan pengurusan kerajaan negeri.
Sekiranya beliau secara tiba-tiba menjadi Perdana Menteri Malaysia, tidak syak lagi Kerajaan Persekutuan akan serta-merta bertukar menjadi “Kerajaan Patung Jepun” yang dipimpin oleh proksi Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.
RJ Rithaudeen
