RJ Rithaudeen: Yang ditangkap sebenarnya mereka yang diperdaya Haziq, bukannya “the main mastermind”

Menurut sumber, individu-individu yang terbabit sudah mula mengesyaki bahawa mereka terkena jerat Haziq dan dikhuatiri akan cuba sesuatu yang mampu membahayakan nyawa Haziq. Sumber (gambar): TTF

Saya kerapkali menjelaskan, sebelum video seks pertama tular pada 11hb Jun 2019, seorang individu dari kem Tun Dr Mahathir Mohamad (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “the main mastermind” atau “DZ”) sengaja menyebarkan khabar angin berkenaan penularan yang bakal dilakukan agar individu-individu tertentu dari kem Dato’ Seri Anwar Ibrahim memulakan usaha ‘mengepung’ Haziq.

Haziq sebenarnya ditanam oleh DZ dan disogok oleh agen kepada kenalan rapat DZ (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “HR”) untuk melakukan penularan video-video seks dengan pembayaran yang dikhabarkan bernilai antara RM14 hingga 15 juta.

Menurut sumber, Haziq setakat ini hanya menerima RM300 ribu daripada agen HR, di mana dana selebihnya hanya akan dibayar setelah semua urusan perundangan selesai.

Adalah dipercayai bahawa Haziq telah menggunakan dana RM300 ribu atau sebahagian daripada dana tersebut untuk ‘menjerat’ beberapa individu bagi membantunya mengenakan Azmin, di mana individu-individu tersebut bersetuju membantunya menubuhkan sebuah bilik operasi.


PETALING JAYA: Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan perintah reman enam hari terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz menandakan nyawa bekas ketua pemuda PKR Santubong sebenarnya berada dalam bahaya.

Biarpun kerap diperkatakan bahawa yang ditahan termasuk dalang-dalang di sebalik video seks yang diakui oleh Haziq melibatkan dirinya dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Azmin Ali, hakikatnya, individu yang ditahan setakat ini adalah dalang-dalang di sebalik penularan video seks tersebut dan bukanya dalang utama yang merancang untuk menjerat mereka.




Saya kerapkali menjelaskan, sebelum video seks pertama tular pada 11hb Jun 2019, seorang individu dari kem Tun Dr Mahathir Mohamad (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “the main mastermind” atau “DZ”) sengaja menyebarkan khabar angin berkenaan penularan yang bakal dilakukan agar individu-individu tertentu dari kem Dato’ Seri Anwar Ibrahim memulakan usaha ‘mengepung’ Haziq.

Haziq sebenarnya ditanam oleh DZ dan disogok oleh agen kepada kenalan rapat DZ (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “HR”) untuk melakukan penularan video-video seks dengan pembayaran yang dikhabarkan bernilai antara RM14 hingga 15 juta.

Menurut sumber, Haziq setakat ini hanya menerima RM300 ribu daripada agen HR, di mana dana selebihnya hanya akan dibayar setelah semua urusan perundangan selesai.

Rancangan DZ berjaya, di mana sebaik sebelum penularan video pertama bermula, beberapa individu dari kem Anwar, termasuk mereka dari UMNO dan PKR, mula berkomunikasi dengan Haziq dan antara satu sama lain.

Adalah dipercayai bahawa Haziq telah menggunakan dana RM300 ribu atau sebahagian daripada dana tersebut untuk ‘menjerat’ beberapa individu bagi membantunya mengenakan Azmin, di mana individu-individu tersebut bersetuju membantunya menubuhkan sebuah bilik operasi.

Daripada komunikasi-komunikasi seterusnya dan urusan individu-individu terbabit dengan Haziq semasa dan selepas penularan-penularan berlaku, pihak berkuasa mendakwa mengenalpasti dalang-dalang utama, walhal, yang ditangkap sebenarnya dijerat oleh Haziq dan bukannya “the main mastermind.”

Atas dasar itulah Hakim Collin Lawrence Sequerah dipercayai ‘bersetuju’ meminda perintah reman daripada enam hari kepada empat hari hanya terhadap lima individu yang ditahan bersama Haziq dan bukannya Haziq sendiri.

Menurut sumber, individu-individu yang terbabit sudah mula mengesyaki bahawa mereka terkena jerat Haziq dan dikhuatiri akan cuba sesuatu yang mampu membahayakan nyawa Haziq.

Seharusnya, pihak polis menyiasat hal-ehwal kewangan yang bersangkut-paut dengan pembayaran yang dibuat kepada individu-individu tersebut dan berusaha menjejaki sumber sebenar pembayaran yang dibuat.

RJ RITHAUDEEN



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...