RM1.4 juta merupakan pembayaran wang haram oleh kroni Tun Mahathir ke Clare Brown

“Kesemua ini membawa maksud surat yang didedahkan oleh Clare merupakan satu perangkap jahat yang berkemungkinan besar melibatkan satu konspirasi terancang di antara Pengurus Maybank Jalan Tun Razak, Americk dan Clare sendiri untuk menyalurkan wang haram ke United Kingdom (UK)”

Raggie Jessy Rithaudeen

Semalam, pemilik dan pengendali portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, mendakwa bahawa beliau menerima bayaran sebanyak RM1.4 juta dari Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai memenuhi sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman finah Hadi terhadapnya di luar mahkhamah.

Menurut Clare, bayaran tersebut bukan sebahagian daripada perintah mahkhamah dan dibuat oleh pihak ketiga, iaitu seorang peguam Malaysia yang berbangsa Punjabi, Americk Sidhu, yang didakwanya mewakili Sarawak Report.

Ini satu pembohongan.


Untuk makluman umum, walaupun Americk telah lama menyuarakan pandangan beliau berkenaan kes saman Hadi, beliau tidak merupakan peguam Clare dalam kes tersebut malah langsung tidak terlibat dalam apa-apa kapasiti, biar secara langsung mahupun tidak langsung.

Ini memandangkan saman yang dibawa oleh Hadi terhadap Clare difailkan di Mahkhamah Tinggi di London dan bukannya di Malaysia, manakala Clare tidak pernah melantik Americk untuk mewakilinya dalam kes tersebut, tetapi sebaliknya, melantik sebuah syarikat guaman yang berpusat di London.

Americk hanya mewakili Clare dalam kes saman fitnah yang dibawa oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, berhubung satu dakwaan fitnah yang terkandung dalam buku terbitan Sarawak Report yang bertajuk, ‘The Sarawak Report:The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Justeru itu, kenyataan Americk bahawa Clare dibayar RM1.4 juta  oleh pihak ketiga yang mewakili Hadi menjadi satu tanda tanya.

Ini kerana sebarang pembayaran yang melibatkan kes saman fitnah Hadi terhadap Clare seharusnya melibatkan surat perjanjian antara kedua-dua mereka dan seharusnya disaksikan oleh peguam-peguam mereka di London.

Perkara ini tidak berlaku.

Sebaliknya, Clare hanya mendedahkan satu surat yang ditujukan olehnya kepada Pengurus Maybank Jalan Tun Razak dimana beliau mengesahkan telah menerima dana sebanyak RM1.4 juta yang didakwanya berasal dari akaun bank milik anak guam Americk.

Umum perlu faham, bukan hanya Hadi tidak tahu-menahu berkenaan dana tersebut, surat yang didedahkan oleh Clare langsung tidak berkait dengan kes saman Hadi memandangkan surat tersebut tidak pernah difailkan di Mahkhamah Tinggi London.

Malah, bukan hanya perjanjian penyelesaian luar mahkhamah antara Hadi dan Clare tidak menyebut apa-apa berkenaan surat tersebut, tidak wujud satu apapun dokumen rasmi melibatkan Hadi mahupun peguam-peguam beliau yang mampu membuktikan bahawa beliau membayar Clare RM1.4 juta.

Kesemua ini membawa maksud surat yang didedahkan oleh Clare merupakan satu perangkap jahat yang berkemungkinan besar melibatkan satu konspirasi terancang di antara Pengurus Maybank Jalan Tun Razak, Americk dan Clare sendiri untuk menyalurkan wang haram ke United Kingdom (UK).

Ini memandangkan dana sebesar RM1.4 juta tidak mungkin dapat disalurkan terus dari akaun bank anak guam Americk ke akaun bank Clare tanpa melibatkan sebarang pertanyaan dari bank-bank pusat di Malaysia dan di UK.

Dari sini, jelas dilihat bahawa Americk telah bersubahat dengan Pengurus Maybank Jalan Tun Razak dan pegawai dari Bank Negara untuk membuat pengesahan palsu kepada bank pusat di UK.

Memandangkan bank pusat di UK telah diberikan maklumat palsu berkenaan sumber sebenar dana RM1.4 juta tersebut, penyaluran dana itu ke akaun Clare boleh diklasifikasikan sebagai penyaluran wang haram merentasi sempadan.

Berdasarkan cek pembayaran dana tersebut yang didedahkan oleh Clare sendiri menerusi portal Sarawak Report, “pihak ketiga” yang dimaksudkan oleh Americk tak lain tak bukan Dato’ Dr Rameli Musa, Pengarah Eksekutif Maju Nusa Sdn Bhd.

Untuk makluman, Rameli menerajui Maju Nusa bersama-sama Ungku Farid Bin Ungku Abd Rahman, seorang kenalan rapat Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut terlibat secara langsung dengan Sapura Holdings Sdn Bhd, syarikat milik Mokhzani.

Apakah satu kebetulan Rameli dilantik oleh Mahathir sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) empat hari selepas beliau membuat bayaran RM1.4 juta kepada Clare menerusi akaun milik anak guam Americk?

Bukankah jelas lagi bersuluh bahawa Rameli di hadiahkan jawatan tersebut sebagai ganjaran kerana sudi membantu Clare elak daripada membayar cukai menerusi satu siri penipuan melibatkan Pengurus Maybank Jalan Tun Razak, Bank Negara, Americk dan Clare?


Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

The Third Force on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gagasan Tiga (G3) on Facebook

The Third Force (Telegram)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...