RM32,962.87 yang disita dari UMNO Kelantan kini milik kerajaan

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya sebelum ini dilaporkan berkata permohonan perlucutan hak harta difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB. Sumber (gambar): Fail TTF

رم32،962.87 يڠ دسيتا دري امنو كلنتن كيني ميليق كراجأن

Wang berjumlah RM32,962.87 yang disita daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi milik Kerajaan Malaysia.

Wang terbabit yang disita SPRM tahun lalu, didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan bahawa kerajaan berhak kepada jumlah wang terbabit berserta faedah, yang disimpan di Bank CIMB.

Pendakwa Raya memfailkan permohonan untuk melucut hak harta itu pada 29 Jun 2018 selepas membekukan akaun UMNO Kelantan.


KUALA LUMPUR: Wang berjumlah RM32,962.87 yang disita daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi milik Kerajaan Malaysia.

Wang terbabit yang disita SPRM tahun lalu, didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).




Ia berikutan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh hari ini yang membenarkan permohonan Pendakwa Raya untuk melucut hak harta berkenaan kepada kerajaan.

Ahmad Shahrir membuat keputusan itu selepas mendapati Pendakwa Raya yang bertindak selaku pemohon berjaya membuktikan kesnya melalui imbangan kebarangkalian.

Pendakwa Raya juga didapati berjaya memuaskan hati mahkamah mengikut Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001, bahawa wang yang disita itu hasil daripada aktiviti haram.

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan bahawa kerajaan berhak kepada jumlah wang terbabit berserta faedah, yang disimpan di Bank CIMB.

Dalam prosiding hari ini, Pendakwa Raya diwakili Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nik Haslinie Hashim manakala Nurul Hazreen Ahmad Kamal bertindak bagi pihak UMNO Kelantan.

Pendakwa Raya memfailkan permohonan untuk melucut hak harta itu pada 29 Jun 2018 selepas membekukan akaun UMNO Kelantan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya sebelum ini dilaporkan berkata permohonan perlucutan hak harta difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Loading...

Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut AMLA selepas suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...