TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Raggie Jessy Rithaudeen
رومبوڠن امنو باكل سمڤأيكن كات ڤوتوس ڤد زاهيد، نجيب
Khamis lalu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat satu kenyataan media bagi menjelaskan penetapan Barisan Nasional berhubung titah Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurutnya, Barisan Nasional mengesyorkan agar Ahli-Ahli Dewan Rakyat menyeru Perdana Menteri dan Jemaah Menteri untuk menghormati titah Seri Paduka Baginda Tuanku agar sidang Parlimen dilaksanakan dengan kadar segera.
Menurut sumber dalaman, satu rombongan pemimpin UMNO akan bertemu dengan Zahid dan Najib dalam masa terdekat bagi menyampaikan kata putus majoriti sebelum mengorak langkah jika mereka berdegi
RJ Rithaudeen
Kenyataan ini disiarkan di hampir semua laman media rasmi dan berlegar-legar media sosial selama hampir 48 jam, menyebabkan ianya dibincangkan oleh hampir semua pihak yang bergelar “penyokong tegar Zahid dan Najib,” termasuk ahli-ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO.
Kemudian, setelah diserang oleh kepimpinan MIC dan MCA, Barisan Nasional tiba-tiba menyedari ‘kesilapan besar’ dalam penyiaran tersebut dan mengumumkan penggantungan tugas pegawai medianya berkuat kuasa serta merta.
Menurut kenyataan rasmi, pegawai berkenaan ‘terkhilaf’ dan gagal mendapatkan persetujuan sekretarian Barisan Nasional terlebih dahulu sebelum bertindak menyiarkan kenyataan Zahid.
Penggantungan itu dibuat susulan dakwaan presiden MIC bahawa Zahid membuat kenyataan yang tidak pernah dipersetujui oleh Barisan Nasional, di mana perkara ini turut disahkan oleh presiden MCA.
Menurut mereka, mesyuarat Barisan Nasional Rabu lalu mengambil ketetapan untuk tidak membuat sebarang andaian berhubung titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai sidang parlimen.
Ini bermakna, ‘kekhilafan’ pegawai media Barisan Nasional bukannya satu ‘kekhlilafan’ yang biasa atau remeh, tetapi perubahan total dalam kenyataan Zahid.
Persoalannya, apakah sekretariat Barisan Nasional tidak menyedari perkara ini selama hampir 48 jam kenyataan itu disiarkan dan setelah ahli MKT membuat kenyataan media mendesak sidang parlimen diadakan?
Lebih penting lagi, apakah pegawai media Barisan Nasional hanya akan digantung sebulan, sedangkan ‘kekhilafannya’ melibatkan perubahan yang begitu besar dalam kenyataan Zahid yang hanya dapat dijelaskan sekiranya ianya disengajakan?
Sudah pasti ramai di kalangan pemimpin UMNO, MIC dan MCA cuba untuk menghubungi Zahid dan pegawai media Barisan Nasional atau pihak sekretariat bagi mendapatkan gambaran sebenar.
Ini tidak, presiden MIC dan MCA serta rakan komponen lain dalam Barisan Nasional terpaksa membuat kenyataan media rasmi sebelum pegawai media Barisan Nasional digantung atas alasan ‘terkhilaf’, 48 jam selepas Zahid berdiam diri.
Nampak?
Saya difahamkan, penggantungan pegawai media berkenaan merupakan “publicity stunt” atau “sandiwara politik” bagi meredakan keadaan setelah beberapa menteri UMNO dan kepimpinan parti komponen Barisan Nasional mengamuk.
Ini kerana Barisan Nasional sendiri bersetuju agar sidang parlimen ditangguhkan menerusi sokongan padu menteri-menteri UMNO, MIC dan MCA terhadap usul yang dibentangkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat kabinet.
Menteri-menteri ini mengamuk apabila Zahid dan Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO terus-menerus menyelar keputusan kerajaan untuk menangguh sidang parlimen tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan keputusan itu untuk mendapatkan gambaran sebenar.
Ini sejajar dengan apa yang saya beritahu selama ini, iaitu Zahid, Datuk Seri Najib Tun Razak dan MKT UMNO tidak lagi mewakili aspirasi ataupun kehendak majoriti ahli-ahli parlimen dalam UMNO dan sedang memperlekeh segala ketetapan yang yang dibuat mereka secara kolektif.
Ini termasuk ketetapan majoriti ketua bahagian dan ahli-ahli parlimen agar UMNO menarik terus sokongannya daripada Perikatan Nasional berkuat kuasa serta merta, bukannya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.
Menurut sumber dalaman, satu rombongan pemimpin UMNO akan bertemu dengan Zahid dan Najib dalam masa terdekat bagi menyampaikan kata putus sebelum mengorak langkah jika kedua-duanya berdegil.
WAJIB BACA:
There is a Mexican Standoff, and what happens next will change Malaysian politics forever
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
