Ronnie Liu: Pucuk pimpinan DAP cetus perpecahan dalam parti

Menurut Ronnie Liu, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai adalah contoh terbaik bagaimana pemimpin lama dan akar umbi diketepikan apabila DAP mendapat kuasa pemerintahan. Sumber (gambar): Sinar Online

رونني ليو: ڤوچوق ڤيمڤينن دڤ چتوس ڤرڤچاهن دالم ڤرتي

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Pembawakan pucuk pimpinan DAP yang menjurus ke arah kepimpinan elit dan ala feudalistik telah mencetuskan perpecahan di dalam parti itu, dakwa Ahli Jawatankuasa pusat DAP, Ronnie Liu.

Beliau berkata, kemunculan kumpulan elit ini bermula pada tahun 2008 yang gagal memahami perjuangan dan kesengsaraan yang dilalui oleh akar umbi.

Tegas Liu, mereka yang diberikan jawatan menteri adalah pemimpin-pemimpin muda parti.

“Tindakan ini adalah tindakan yang tidak menghormati hierarki parti langsung. Malah Nga Kor Ming, pengerusi DAP Perak mendapat jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat,” ujarnya.


PETALING JAYA: Pembawakan pucuk pimpinan DAP yang menjurus ke arah kepimpinan elit dan ala feudalistik telah mencetuskan perpecahan di dalam parti itu, dakwa Ahli Jawatankuasa pusat DAP, Ronnie Liu.

Beliau berkata, kemunculan kumpulan elit ini bermula pada tahun 2008 yang gagal memahami perjuangan dan kesengsaraan yang dilalui oleh akar umbi.




Menyatakan demikian di dalam laman Facebooknya, Liu menegaskan, perpecahan ini semakin bertambah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan DAP bersama Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan pusat dengan menawan Putrajaya.

Bila ini berlaku, katanya, golongan elit dalam DAP mendapat tempat dalam pentadbiran kerajaan pusat dengan menyandang jawatan menteri dan timbalan menteri.

Pelantikan golongan elit ini, katanya, telah mengetepikan pemimpin-pemimpin lama yang telah berjuang dari peringkat akar umbi lagi.

Beliau berkata, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai adalah contoh terbaik bagaimana pemimpin lama dan akar umbi diketepikan apabila DAP mendapat kuasa pemerintahan.

Kok Wai adalah veteran parti yang juga merupakan Ahli Parlimen Cheras selama enam penggal.

Sebelum itu beliau adalah Ahli Parlimen Sungai Besi selama dua penggal iaitu dari tahun 1986 hingga 1995.

Dari tahun 1995, beliau memenangi kerusi Cheras sehinggalah sekarang.

Loading...

Tegas Liu, mereka yang diberikan jawatan menteri adalah pemimpin-pemimpin muda parti.

“Tindakan ini adalah tindakan yang tidak menghormati hierarki parti langsung. Malah Nga Kor Ming, pengerusi DAP Perak mendapat jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat,” ujarnya.

Liu menyeru agar DAP kembali kepada perjuangan asalnya serta nilai-nilai yang menjadikannya sebuah parti yang berjaya dan kukuh.

Beliau menambah, ketika DAP berfungsi sebagai pembangkang, semangat setiakawan sesama mereka lebih kukuh dan baik tetapi ia kini semakin hilang kerana pemimpin-pemimpin lama diketepikan.

Liu adalah seorang pemimpin kontroversi DAP yang sentiasa menentang arus.

Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Selangor.

Sumber:

WAJIB BACA:

KRISIS UMNO MEMUNCAK: SITUASI TEGANG, BANYAK BAHAGIAN, CAWANGAN RASA TERTIPU DENGAN KEPUTUSAN MKT [VIDEO]



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...