
Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusup
Betapa Besarnya Rahmat dan Tinggi Makamnya Kepada Mereka Yang Berjuang Syahid Fi Sabilillah di Jalan ALLAH.
“Dan jangan sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh (gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”. [Ali Imran:169]
Begitulah tingginya martabat seorang pahlawan yang diberikan Allah kepada mereka atas pengorbanan dan perjuangan dalam mengangkat martabat Islam. Oleh kerana perjuangan yang dilakukan walau sesaat atas dasar agama akan diganjari Allah dengan pahala seisi dunia dan apa yang ada di atasnya.
Ini dijelaskan dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Sahl Ibn Said al-Sa’idi Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Berjuang di jalan Allah satu hari, lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya” (Riwayat Al-Bukhari).
Ayuh Umat Islam kita Pertahankan Agama Islam di Bumi Malaysia Yang Bertuah ini. Kerana Ganjarannya yang amat amat Besar.
Takbir ALLAH HU AKBAR!
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
