Rosdzaman: Jangan ‘dibuli’ pemilik tanah Kampung Baru

Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusop. Sumber (gambar): TTF

Menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusop, jika pembangunan Kampung Baru bakal membawa keuntungan besar kepada SPV terbabit, mustahil kerajaan tidak mampu keluarkan dana sebanyak RM1.5 bilion untuk disuntik masuk ke dalam syarikat tersebut tanpa memlibatkan pemilik tanah.

“Lihat sahaja projek pembangunan tanah di Ijok. Projek itu melibatkan kerajaan negeri Selangor yang meluluskan pembangunan kepada sebuah syarikat usahasama (JV) antara LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd.

“Apa yang jadi? Syarikat JV lari bukan? Siapa yang rugi? Siapa yang akhirnya kena masuk campur? Kerajaan negeri Selangor, bukan?

“Jadi mengapa Khalid hendak letakkan risiko jangka panjang kepada kerajaan pusat?


SUBANG JAYA: Tindakan Menteri Wilayah Persekutuan ‘memaksa’ pemilik lot Kampung Baru ‘menyuntik’ 15 peratus nilai keseluruhan 230 ekar tanah di kawasan tersebut ke dalam sebuah Syarikat Penggerak Khas (SPV) bukti Pakatan Harapan tidak prihatin terhadap permasalahan rakyat.

Menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusop, jika pembangunan Kampung Baru bakal membawa keuntungan besar kepada SPV terbabit, mustahil kerajaan tidak mampu keluarkan dana RM1.5 bilion untuk disuntik masuk ke dalam syarikat tersebut tanpa memlibatkan pemilik tanah.




“Apa yang YB Khalid Abdul Samad buat mudah jalan ceritanya, beliau secara tidak langsung ‘memaksa’ pemilik tanah (Kampung Baru) tanggung sebahagian risiko yang bakal dihadapi SPV tersebut.

Nota: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan

www.thethirdforce.net

“Bayangkan, setelah pmilik tanah dipaksa jual lot jauh di bawah harga pasaran, iaitu RM850 sekaki persegi, mereka dipaksa pula tanggung risiko syarikat yang dipertanggungjawabkan mengurus pembangunan tanah tersebut.

“Jika SPV itu lingkup, siapa rugi? Mereka juga rugi, bukan?”

Menurut Rosdzaman, bukan hanya terdapat elemen ‘paksaan’ dalam isu ini, pemilik tanah dibebankan dengan risiko yang seharusnya ditanggung oleh kerajaan pusat.

“Bukannya mereka yang minta kawasan Kampung Baru dibangunkan, yang beriya-iya nak bangunkan Kampung Baru itu Khalid.

“Khalid beri persepsi kononnya pemberian saham dalam SPV akan membolehkan pemilik untung berlipat ganda lebih daripada RM150 yang dilaburkan setiap kaki persegi.

“Tetapi tahu tak Khalid berapa ratus syarikat yang sebelum ini dipertanggungjawabkan membangunkan sesuatu kawasan samada lingkup ataupun ‘ghaib’ setelah makan duit pemilik tanah atau menjanjikan pulangan berbentuk unit siap?

Loading...

“Lihat sahaja projek pembangunan tanah di Ijok. Projek itu melibatkan kerajaan negeri Selangor yang meluluskan pembangunan kepada sebuah syarikat usahasama (JV) antara LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd.

“Apa yang terjadi? Syarikat JV tersebut lari bukan? Siapa yang rugi? Siapa yang akhirnya masuk campur? Kerajaan negeri Selangor, bukan?

“Jadi mengapa Khalid hendak letakkan risiko jangka panjang kepada kerajaan pusat?

“Kalau kerajaan dah setuju keluarkan dana RM8.5 bilion bagi membeli 230 ekar tanah di Kampung Baru, tak kan tak boleh keluarkan lagi RM1.5 bilion jika benar pembangunan tanah tersebut mampu membawa keuntungan besar kepada kerajaan pusat?

“Tidak mungkin kerajaan hendak bangunkan satu-satu kawasan jika pembanguan kawasan itu akan membawa kerugian kepada semua, bukan?”

GERAKAN BANGSA NASIONAL



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...