[VIDEO] Rosdzaman: Pandai macam mana pun, kalau ekonomi rakyat tak dijaga, rakyat akan hilang kepercayaan

GE15 adalah peluang terakhir masyarakat Melayu-Islam bersatu. Sumber (gambar): TTF

GERAKAN BANGSA NASIONAL

“Ekonomi rakyat cukup penting. Walau pandai macam mana pun, kalau tidak pandai menjaga ekonomi rakyat, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap kerajaan. Katanya tanpa GST, rakyat akan lebih senang. Tetapi hari ini kita lihat bagaimana harga barang semakin naik sehingga rakyat cukup tertekan. Persoalannya, bagaimana semua ini boleh terjadi?

“Wang, kuasa dan kedudukan (WKK).

Ya, inilah punca sebenar perpecahan Melayu-Islam dan Muslim-Bumiputra hari ini. Terlalu ramai yang ingin jadi ketua, sehingga ada yang sanggup menipu rakyat, ada pula yang tidak melakukan apa yang seharusnya dilakukan. Kiblat kita sama, agama kita sama, Ka’abah kita sama, tetapi disebabkan terlalu taksub dengan WKK, berpecahlah orang Melayu.”

Rosdzaman Dato’ Mohd Yusop


Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...