Rosdzaman: Perpaduan mampu dicapai sekiranya tuntutan agama dipenuhi

Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup. Sumber (gambar): TTF

“Janganlah sekadar melaungkan “kebenaran” tanpa berusaha mangajak seluruh umat Islam, baik yang berada di pentadbiran mahupun pembangkang, menurut tuntutan-tuntutan agama. Perangilah mereka yang cuba memusnahkan nilai peradaban kita, tetapi perangilah dengan akal dan budi, bukannya emosi”

Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

Gerakan Bangsa Nasional tidak akan cuba meraih sokongan masyarakat Melayu-Islam dengan mengipas api kebencian bagi mengembirakan mana-mana pihak ataupun bersikap negatif terhadap kemungkinan Bangsa Nasional mencapai satu bentuk perpaduan yang menyeluruh di masa depan.

Dalam konteks sesebuah masyarakat majmuk, pasti akan ada fasa-fasa rintangan yang perlu kita atasi sebelum mengorat langkah ke arah perpaduan dalam ertikata menyeluruh.




Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memimpin, dan salah satu sifat kepimpinan yang unggul adalah kemampuan kita untuk mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan dan kebenaran sambil mempraktikkan nilai-nilai peradaban dan pentadbiran Islam dalam kehidupan harian.

Ini tidak sama sekali akan menjurus kepada pengislaman masyarakat bukan Islam sepertimana didakwa oleh beberapa pemimpin sebelum ini.

Sebagai contoh, beberapa aspek sistem perbankan Islam yang telah lama dipraktikkan memberi keuntungan yang adil kepada si pembeli dan si penjual di mana kadar purata bagi hasil jual beli berdasarkan kepada jumlah keuntungan yang diperolehi.

Sistem ini bukan hanya sudah diterima pelabur-pelabur bukan Islam dari dalam dan luar negara, ianya berjaya mengurangkan keraguan kerana jual dan beli dilakukan dengan saksi dan segala proses dijelaskan kepada kedua-dua pihak yang terlibat.

Malangnya, hakikat-hakikat sebegini tidak dijelaskan oleh pihak-pihak tertentu yang sentiasa berusaha memburuk-burukkan sejarah Islam, budaya Islam, sistem pentadbiran Islam serta cara bidup masyarakat Islam dengan berita palsu, serangan persepsi dan sebagainya.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Allah untuk menggunakan akal dan budi dan bukannya emosi bagi menangkis serangan sebegini dan memastikan bahawa dakwah yang disampaikan disantun sebaik mungkin agar ianya mudah difahami semua, termasuk yang bukan Islam.

Jika perlu kita serang balas, pastikan ianya dengan kadar dan had yang munasabah bersesuaian dengan tuntutan agama. Hanya dengan cara ini masyarakat majmuk akan beransur matang, memahami peradaban Islam dan menolak mereka yang cuba mengaibkan masyarakat Melayu-Islam.

Kesemua ini mengambil masa.

Sekiranya kita sendiri berputus asa dan sanggup mengipas api persengketaan tak tentu hala biar ianya membakar negara dan perpaduan, kita hanya akan membakar nilai peradaban kita tanpa berusaha membawa kesedaran kepada golongan tersasar.

Janganlah sekadar melaungkan “kebenaran” tanpa berusaha mangajak seluruh umat Islam, baik yang berada di pentadbiran mahupun pembangkang, menurut tuntutan-tuntutan agama. Perangilah mereka yang cuba memusnahkan nilai peradaban kita, tetapi perangilah dengan akal dan budi, bukannya emosi.

Rosdzaman merupakan Pengerusi Bersama GBN Pusat



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...