Rosmah bayar Laskar Siber RM100,000 guna duit rakyat? (Gambar Disertakan)

“Apakah benar Najib meluluskan perbelanjaan berjuta ringgit wang rakyat setiap tahun untuk membiayai Laskar Siber yang akhirnya mendapat arahan secara langsung dan tidak langsung daripada Rosmah sendiri?”

Raggie Jessy Rithaudeen

نجيب بنركن روسمه باير لسكر سيبير رم100،000 ڬونا دويت رعيت؟

Sebentar tadi, TTF menerbitkan keterangan seorang saksi pendakwaan dalam kes rasuah melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa meminta suapan berjumlah RM194 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin, berhubung projek tenaga solar.

Saksi berkenaan, Datuk Rizal Mansor, mendedahkan bahawa beliau menerima sebanyak RM100,000 setiap bulan bagi membiayai sekumpulan Laskar Siber semata-mata untuk mempertahankan Rosmah daripada laporan negatif.




Menurutnya, Pejabat Perdana Menteri mengarahkan Bahagian Wanita Pertama (First Lady Division) yang ditubuhkan khusus untuk nenangani hal-hal bersangkut paut dengan aktiviti Rosmah untuk mengurangkan profail Rosmah dalam media.

Sebenarnya, pendedahan ini tidaklah begitu mengejutkan, kerana ramai sudah tahu semenjak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lagi bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan satu divisi khas dalam Pejabat Perdana Menteri yang dikawal secara tidak langsung oleh isterinya.

Perkara ini sememangnya aneh dan diluar batasan kuasa serta norma Pejabat Perdana Menteri, memandangkan Rosmah hanya sekadar isteri Perdana Menteri, bukannya seorang ahli politik yang memegang jawatan dalam kerajaan atau dipilih oleh rakyat menerusi proses Pilihan Raya.

Justeru, Najib memang sah mengamalkan politik nepotisme ekstrim malah mengerahkan lagi tenaga kerajaan untuk menguruskan hal ehwal bersangkut paut isterinya, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini dalam sejarah tanah air.

Saya turut maklum berkenaan kewujudan “Laskar-laskar Siber” yang ditaja sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan penglibatan Rosmah dalam mengendalikan salah satu daripada kumpulan Laskar Siber ini (rujuk gambar).

Bersambung di bawah…

Loading...

Malah, pada ketika ini sahaja wujud sekumpulan besar Laskar Siber tajaan yang membanjiri media sosial dengan berita-berita palsu dan propaganda dan kerap dilihat mengeluarkan kata-kata menghasut bersifat “anti-Cina.”

Mereka turut dikerah untuk menyerang laman-laman Facebook penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kata-kata hina, fitnah dan hasutan yang ditujukan pada kedua-dua Mahathir dan pemilik laman-laman berkenaan.

Saya akan berceita perihal kumpula laskar terbaru ini kemudian hari sekiranya perlu.

Apa yang ingin saya tahu sekarang ialah jumlah sebenar yang dibayar oleh Rosmah kepada Rizal untuk mengendalikan Laskar Siber sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan dari mana datangnya wang itu.

Apakah benar Najib meluluskan perbelanjaan berjuta ringgit wang rakyat setiap tahun untuk membiayai Laskar Siber yang akhirnya mendapat arahan secara langsung dan tidak langsung daripada Rosmah sendiri?

Saya cabar Najib menjawab soalan ini.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...