Rosmah dakwa ‘sanggup korbankan diri’ demi Najib

Rosmah, 69, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor. Sumber (gambar): Fail TTF

روسمه دعوا ءسڠڬوڤ كوربنكن ديريء دمي نجيب

Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, bahawa beliau sanggup ‘mengorbankan diri’ terhadap serangan media sosial demi melindungi suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu sebagai Perdana Menteri.

Rosmah, 70, berkata demikian pada hari ketiga prosiding bela diri bagi tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

“Datuk Sri Ram, suami saya seorang yang baik, selalu pujuk saya setiap kali saya ‘diserang’ di media sosial.

“Suami saya cakap ‘Mah, mereka bukan mahu serang awak, segala kritikan sebenarnya ditujukan kepada saya (Najib). Mereka guna awak sebagai ‘soft target’ (serangan secara halus) di media sosial,” katanya.


KUALA LUMPUR; Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, bahawa beliau sanggup ‘mengorbankan diri’ terhadap serangan media sosial demi melindungi suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu sebagai Perdana Menteri.

Rosmah, 70, berkata demikian pada hari ketiga prosiding bela diri bagi tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.




Ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) ad-hoc, Datuk Seri Gopal Sri Ram, Rosmah berkata, beliau sanggup bertindak sedemikian kerana sedar akan peranannya selaku isteri seorang ahli politik tersohor.

“Datuk Sri Ram, suami saya seorang yang baik, selalu pujuk saya setiap kali saya ‘diserang’ di media sosial.

“Suami saya cakap ‘Mah, mereka bukan mahu serang awak, segala kritikan sebenarnya ditujukan kepada saya (Najib). Mereka guna awak sebagai ‘soft target’ (serangan secara halus) di media sosial,” katanya.

BACA JUGA: ZAHID TENGAH PENING, ADA KRISIS BARU

Dalam pada itu, Rosmah mengulangi pendirian bahawa pihak pendakwaan bersekongkol dengan Datuk Rizal Mansor untuk mengenakannya.

Sri Ram: Dalam pernyataan saksi, Datin Seri beritahu mahkamah bahawa wujud konspirasi antara pasukan pendakwaan dengan saksi pendakwaan ke-21, Datuk Rizal Mansor?

Rosmah: Ya.

Sri Ram: Datin Seri cakap keterangan saksi itu adalah bohong?

Loading...

Rosmah: Ya.

Sri Ram: Datin Seri kenal semua timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes ini?

Rosmah: Tidak

Sri Ram: Kenal Ahmad Akram Gharib, Mustafa P Kunyalam, Nadia Mohd Izhar dan Poh Yih Tinn?

Rosmah: Saya pernah dengar nama mereka, tetapi saya tidak kenal.

Pada 18 Februari lalu, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Rosmah membela diri atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid.

Rosmah, 69, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Prosiding bersambung 21 Oktober ini.

Sumber:

WAJIB BACA:

MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...