Rosmah gagal batalkan kes rasuah, keputusan kes sah pada 7 Julai

Panel tiga hakim membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah oleh Sri Ram serta peguam Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Rosmah. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤروسماه ڬاڬل بطلكن كيس رسواه، كڤوتوسن كيس صح 7 جولاي

Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam usaha terakhir untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid bernilai lebih RM1.25 bilion di Sarawak dan untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada menjadi ketua pasukan pendakwaan dalam kes tersebut.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, semasa menolak rayuan Rosmah berkata, mahkamah jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi pengisytiharan yang dimohon.

Mohd Zawawi berkata, Kanun Tatacara Jenayah adalah undang-undang yang lengkap dan menyeluruh berkaitan prosedur dalam prosiding jenayah.

“Oleh itu, persoalan bahawa mahkamah jenayah mempunyai kuasa untuk memberikan relief itu tidak timbul sama sekali. Rayuan ditolak,” kata Mohd Zawawi.

TTF: Kegagalan Rosmah bermakna keputusan kes projek solar hybrid bernilai RM1.25 bilion akan tetap dibacakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 7hb Julai ini.


PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam usaha terakhir untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid bernilai lebih RM1.25 bilion di Sarawak dan untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada menjadi ketua pasukan pendakwaan dalam kes tersebut.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, semasa menolak rayuan Rosmah berkata, mahkamah jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi pengisytiharan yang dimohon.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Kami bersetuju dengan alasan yang dikemukakan oleh Mahkamah Rayuan. Kami berpendapat bahawa tiada bidang kuasa sedia ada mahkamah jenayah untuk memberikan pengisytiharan relief,” katanya.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Mohd Zawawi berkata, terdapat undang-undang bertulis seperti Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 hanya memberikan kuasa sedia ada kepada mahkamah sivil.

TONTON: KEM NAJIB MAKIN TERDESAK

Beliau berkata, Kanun Tatacara Jenayah adalah undang-undang yang lengkap dan menyeluruh berkaitan prosedur dalam prosiding jenayah.

“Oleh itu, persoalan bahawa mahkamah jenayah mempunyai kuasa untuk memberikan relief itu tidak timbul sama sekali. Rayuan ditolak,” kata Mohd Zawawi.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Panel itu membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah oleh Sri Ram serta peguam Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Rosmah.

Sumber:

Loading...

WAJIB TONTON:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...