Rosmah gagal kali kedua singkir hakim kes gubah wang haram

Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN. Sumber (gambar): Fail TTF

روسمه ڬاڬل كالي كدوا سيڠكير حاكيم كيس ڬوبه واڠ حرام

Untuk kali kedua, Datin Seri Rosmah Mansor gagal untuk menyingkirkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan daripada mendengar perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapinya.

Bekas Wanita Pertama Malaysia itu bagaimanapun berjaya menggantung perbicaraan kes yang sepatutnya bermula pada Rabu ini sementara menunggu rayuannya berhubung keputusan untuk menyingkirkan hakim itu diputuskan.

Terdahulu, Hakim Mohamed Zaini menyatakan permohonan kali kedua Rosmah berdasarkan alasan yang sama dikemukakan dalam permohonan kali pertamanya.

“Pemohon perlu dihalang daripada memfailkan perkara yang sama,” kata hakim itu.


KUALA LUMPUR: Untuk kali kedua, Datin Seri Rosmah Mansor gagal untuk menyingkirkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan daripada mendengar perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapinya.

Bekas Wanita Pertama Malaysia itu bagaimanapun berjaya menggantung perbicaraan kes yang sepatutnya bermula pada Rabu ini sementara menunggu rayuannya berhubung keputusan untuk menyingkirkan hakim itu diputuskan.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Pada prosiding yang sama, mahkamah turut menetapkan 24 Mei ini untuk sebutan permohonan kali kedua Rosmah untuk menyingkirkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tersebut.

Terdahulu, Hakim Mohamed Zaini menyatakan permohonan kali kedua Rosmah berdasarkan alasan yang sama dikemukakan dalam permohonan kali pertamanya.

TONTON: KLUSTER MAHKAMAH TAKUT STRATEGI INI DILAKSANAKAN

“Perbezaannya, pemohon (Rosmah) kali ini memasukkan alasan bahawa saya telah mendengar kes lucut hak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pindaan laporan audit 1MDB. Ini hanya menambah rencah dalam permohonannya.

“Dalam kes lucut hak tersebut, saya telah menolak permohonan pihak pendakwaan untuk pelucutan hak aset-aset membabitkan harta pemohon sendiri manakala kes laporan audit langsung tidak ada kena mengena dengan dirinya.

“Pemohon perlu dihalang daripada memfailkan perkara yang sama,” kata hakim itu.

Kali pertama permohonan serupa Rosmah ditolak ialah pada 14 Disember 2021. Rayuan bagi keputusan ini ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Rayuan pada 19 Mei ini.

Pada 12 Januari lalu, Rosmah memfailkan permohonan untuk menggugurkan Hakim Mohamed Zaini daripada mendengar perbicaraan kes di bawah pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapinya.

Loading...

Turut difailkan ialah permohonan agar kesemua prosiding dalam kes terlibat digantung sehingga rayuan berhubung keputusan Hakim Mohamed Zaini menolak permohonannya supaya beliau menarik diri, diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Sumber:

WAJIB TONTON:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...