Rosmah menangis, tertekan dengan keputusan mahkamah

Pada 11 Disember lalu, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil seramai 23 saksi bagi memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 5 Februari tahun lalu. Sumber (gambar): Fail TTF

روسمه منڠيس، ترتكان دڠن كڤوتوسن محكمه

Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sedih dan tertekan dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, yang memerintahkannya membela diri atas tuduhan rasuah membabitkan projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Isteri bekas perdana menteri itu terpaksa ditenangkan oleh barisan peguam bela selepas Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu kira-kira jam 10 pagi.

Pada 15 November 2018, Rosmah, 69, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tiga tempat berasingan iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; di kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 September 2017.


KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sedih dan tertekan dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, yang memerintahkannya membela diri atas tuduhan rasuah membabitkan projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Isteri bekas perdana menteri itu terpaksa ditenangkan oleh barisan peguam bela selepas Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu kira-kira jam 10 pagi.




Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah ketika ditemui media di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Jagjit berkata Rosmah akan tetap melawan semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

“Beliau secara jujur sangat sedih dan tertekan.

“Kami memaklumkan kepadanya untuk pulang ke rumah bagi menghilangkan tekanan dan berehat saja,” katanya.

Sepanjang prosiding keputusan itu hari ini, Rosmah yang hadir ke mahkamah berbaju kurung dan selendang kuning dilihat hanya mendiamkan diri.

Pada 11 Disember lalu, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil seramai 23 saksi bagi memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 5 Februari tahun lalu.

Pada 15 November 2018, Rosmah, 69, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Loading...

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tiga tempat berasingan iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; di kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 September 2017.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Semua kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan yang bermula 5 Februari tahun lalu.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...