Rosmah mohon gantung prosiding bicara kes gubah wang haram

Hasil semakan sistem mahkamah, permohonan Rosmah ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Rabu ini. Sumber (gambar): Fail TTF

روسمه موهون ڬنتوڠ ڤروسيديڠ بيچارا كيس ڬوبه واڠ حرام

Datin Seri Rosmah Mansor pada Isnin memfailkan permohonan untuk menggantung prosiding perbicaraan kes pengubahan wang haram (AMLA) dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dihadapinya yang dijadualkan bermula Rabu ini.

Rosmah, 69, selaku pemohon memfailkan notis usul itu menerusi Tetuan Geethan Ram di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden. Peguam Datuk Geethan Ram Vincent ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu.

Dakwa Rosmah, sekiranya perbicaraan kes itu diteruskan, ia akan melanggar hak asasinya di mana beliau akan mengalami kemudaratan yang tidak boleh diperbetulkan jika perbicaraan tersebut diisytiharkan terbatal kelak.

Pada 14 Disember lepas, Hakim Mohamed Zaini menolak permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan cukai yang dihadapinya dan menetapkan perbicaraan bermula pada 12 Januari ini.


KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor pada Isnin memfailkan permohonan untuk menggantung prosiding perbicaraan kes pengubahan wang haram (AMLA) dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dihadapinya yang dijadualkan bermula Rabu ini.

Rosmah, 69, selaku pemohon memfailkan notis usul itu menerusi Tetuan Geethan Ram di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden. Peguam Datuk Geethan Ram Vincent ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu.




Hasil semakan sistem mahkamah, permohonan tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Rabu ini.

Dalam notis usul itu, Rosmah memohon perintah bahawa kesemua prosiding dalam kes terbabit digantung sehingga rayuan berhubung keputusan Hakim Mohamed Zaini yang menolak permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan, didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Rayuan berkenaan ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan pada 23 Mac ini.

Sementara itu, menerusi afidavit yang difailkan bersama notis usul itu, Rosmah antara lain mendakwa jika Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Hakim Mohamed Zaini bukan hakim yang sesuai untuk mendengar kes terhadapnya, maka perbicaraan kes berkenaan akan menjadi sia-sia, sekiranya perbicaraan telah berjalan.

Dakwa Rosmah, sekiranya perbicaraan kes itu diteruskan, ia akan melanggar hak asasinya di mana beliau akan mengalami kemudaratan yang tidak boleh diperbetulkan jika perbicaraan tersebut diisytiharkan terbatal kelak.

Pada 14 Disember lepas, Hakim Mohamed Zaini menolak permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan cukai yang dihadapinya dan menetapkan perbicaraan bermula pada 12 Januari ini.

Sumber:

Loading...

WAJIB BACA:

Pendedahan: Inilah sebabnya saya syak Ismail Sabri cuba lindungi Azam Baki (Bahagian Satu)

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...