RSN Rayer: Penyelewengan Tun Mahatir tidak boleh disiasat

Abu Leman

Ahli Parlimen Setiu (PAS), Shaharizukirnain Abdul Kadir mencelah ketika Ahli Parlimen Jelutong (DAP), RSN Rayer sedang membahaskan sesuatu tentang bidang kehakiman.




Shaharizukirnain bertanyakan tentang kerajaan yang baharu, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyiasat segala penyelewengan Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

“Adakah Jelutong setuju kalau sekiranya Kerajaan yang baru ini juga menyiasat penyelewengan ataupun apa yang dilakukan oleh (Ahli Parlimen) Langkawi sepanjang menjadi Perdana Menteri termasuk isu BMF, Memali dan lain-lain?” soalnya.

RSN Rayer memberikan respon yang Tun Mahathir ketika ini tidak boleh disiasat jika ia melibatkan kes-kes yang sudah melebihi 6 tahun kerana ia sudah melebihi had masa untuk diambil tindakan ke atasnya.

“Saya beri penjelasan Yang Berhormat. Dalam sistem perundangan kita ada tempoh had masa. Selepas 6 tahun sesuatu perkara itu tidak boleh disiasat atau diambil tindakan.

“Untuk makluman Yang Berhormat, saya rasa perkara-perkara itu sudahpun lama, dan di sisi undang-undang memang tidak ada tindakan yang bole diambil.” jawabnya.

Mendengarkan jawapan RSN Rayer itu, Ahli Parlimen Tanjong Karang memohon mencelah dan mempersoalkan cubaan beliau untuk mengelirukan dewan dengan jawapan yang tidak betul.

“Bagi saya ini cubaan mengelirukan dewan. Saya peguam tapi sudah tak ‘praktice’. Tapi sekarang saya sudah hidupkan lesen saya balik.

Loading...

“Yang Berhormat kata tidak ada ‘time limit’? Kalau tak silap saya yang 6 tahun itu adalah ‘sivil law’. ‘Not the criminal law’.

“Adakah sekarang sudah tukar undang-undang? Apa yang disebut tadi (oleh Ahli Parlimen Setiu) adalah ‘criminal law’.” bantah beliau.

Mungkin menyedari pembohongannya didedahkan, Ahli Parlimen Jelutong menjadi terkedu dan memberikan alasan bahawa beliau menjawab persolan Ahli Parlimen Setiu bagi kes-kes sivil.

Tetapi Ahli Parlimen Setiu menafikan dan tidak sedikit pun beliau menyentuh isu berkaitan sivil.

Tiba-tiba Ahli Parlimen Jelutong terus tukar topik dan bercerita mengenai isu kawasan beliau di parlimen Jelutong.

Sumber: Abu Leman



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...