Rukun Negara tidak lagi relevan bawah DAP-Mahathir

Berikut merupakan artikel terbitan Utusan Online berserta komen-komen dari TTF (dalam biru):


KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan tiada peruntukan yang mengecualikan sesiapapun daripada kedaulatan undang-undang.


TTF: Ini tidak benar.

Hakikatnya, kerajaan DAP pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai peruntukkan-peruntukkan tersirat yang memberi kekebalan sepenuhnya kepada sesiapa yang dianggap kroni ataupun sahabat rapat Tun dan Lim Kit Siang.

Cuba kita selidik kes rusuhan kuil Seafield yang mengorbankan nyawa Muhammad Adib.

Pada 28hb November 2018, pihak Gagasan Tiga (G3) membuat satu laporan polis di Dang Wangi berkenaan kenyataan berbaur hasutan dan perkauman yang dikeluarkan oleh ADUN DAP Ganabatirau dan juga Menteri Perpaduan Waytha Moorthy.

Anehnya, kedua-dua pemimpin beragama Hindu tersebut masih berkeliaran bebas dan tidak pernah dimasukkan lokap biarpun kata-kata mereka memarakkan lagi rusuhan sehingga mengorbankan nyawa seorang insan Melayu-Islam yang tidak bersalah.

Lebih aneh lagi, sebaik sahaja puak-puak tertentu membuat laporan polis terhadap Dato’ Azwanddin Hamzah, pihak polis terus bertindak mendapatkan perintah reman empat hari selepas menghadapkan Azwanddin ke Mahkhamah.

Malah, beliau diperlakukan dengan begitu kasar oleh seorang anggota polis berbangsa India sehingga jatuh terus tersungkur ke tanah.

Apakah adil Azwanddin diperlakukan begini biarpun hasratnya hanyalah untuk menuntut keadilan buat keluarga Adib?

Apakah ini yang dimaksudkan kedaulatan undang-undang?

Bagaimana pula dengan laporan-laporan polis yang telah saya buat terhadap Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tommy Thomas dan Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull?

Bermula bulan Jun 2018, saya telah membuat satu siri pendedahan berkenaan konspirasi yang wujud di antara Zeti, Shukri dan Tommy Thomas untuk mengaibkan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Siri pendedahan tersebut melibatkan tiga sidang media dan tiga laporan polis.

Dalam pada saya membuat pendedahan-pendedahan tersebut, saya berjaya membuktikan bahawa Zeti dan Shukri sengaja memutarbelit fakta sehingga Najib terpaksa menanggung beban tuduhan yang tidak berasas dalam isu RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadinya.

Saya turut membuktikan bahawa pelantikkan Shukri sebagai ketua MACC tidak sah memandangkan beliau sendiri disyaki terlibat dengan Zeti dan Tommy Thomas dalam konspirasi mengaibkan Najib.

Anehnya, bukan hanya pihak MACC dan polis tidak mengendahkan laporan-laporan saya, mereka terus membiarkan Najib disiasat oleh orang-orang Shukri sebelum beliau dihadapkan ke mahkhamah.

Apakah ini yang dimaksudkan kedaulatan undang-undang?

Perdana Menteri berkata kedaulatan undang-undang terpakai kepada semua orang, daripada raja-raja sehinggalah kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri, kepada penjawat awam serta rakyat biasa.

“Bagi raja-raja terdapat mahkamah khas tetapi undang-undangnya adalah sama seperti undang-undang yang terpakai bagi rakyat biasa. raja-raja juga mesti menghormati undang-undang.

TFF: Apakah undang-undang ini tidak terpakai kepada Tommy Thomas, Zeti, Shukri, Waytha Moorthy dan Ganabatirau?

“Kita telah bersetuju bahawa Malaysia menerima demokrasi, iaitu pemerintahan oleh rakyat dan untuk rakyat. Ini dicapai melalui persetujuan bersama, dalam bentuk Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berperlembagaan di peringkat negeri dan Persekutuan.

“Ke arah ini, Perlembagaan dan undang-undang di peringkat yang berlainan telah disebarluaskan. Malangnya beberapa perlanggaran undang-undang telah dilakukan tanpa tindakan diambil oleh agensi penguatkuasaan undang-undang. Dalam kata lain, Kedaulatan Undang-undang telah tidak diendahkan,” katanya dalam catatan terkini blog chedet.cc malam ini.

TTF: Apakah Kedaulatan Undang-undang tidak lagi relevan dalam kes-kes yang melibatkan kroni-kroni dan sahabat-sahabat Mahathir?

Apakah Mahathir begitu kebal sehinggakan beliau tidak tertakluk kepada undang-undang negara?

Mengapakah beliau tidak disiasat biarpun disyaki terlibat dalam belasan skandal bernilai berbilion-bilion ringgit, termasuk skandal forex, skandal EPF, skandal Maminco, skandal Perwaja, skandal Makuwasa, skandal BMF dan sebagainya?

Dr. Mahathir menyatakan kebimbangannya apabila melihat pelanggaran undang-undang dilakukan secara terang-terangan atas kepercayaan salah bahawa kekebalan telah diberikan.

TTF: Bukankah Mahathir orang yang paling kebal di Malaysia?

“Hasilnya boleh diramalkan dan rakyat merana akibat ketidakadilan. Perniagaan tidak boleh dijalankan dengan baik. Harta benda dirampas. Tindakan luar biasa dan salah telah dilakukan,” katanya.

TTF: Sejurus selepas Pakatan Harapan menakluki Putrajaya, ekonomi negara mula merudum dan telahpun sampai ke satu tahap pencapaian yang amat membimbangkan.

Peniaga-peniaga yang pada satu ketika dahulu menunjukkan peningkatan dalam prestasi merunggut kerana tidak mendapat sambutan akibat dari kejatuhan nilai ringgit dan ketidaktentuan keadaan ekonomi.

Ramai juga yang terpaksa tutup kedai kerana tidak dapat membayar balik hutang bank akibat dari sikap tidak endah yang ditunjukkan oleh kerajaan pusat.

Apakah ini yang dikatakan keadilan?

Dr. Mahathir berkata aduan awam terhadap mereka yang mencabuli kedaulatan undang-undang adalah sah dan tidak melanggar mana-mana perundangan, malah tidak boleh dianggap sebagai hasutan.

“Mereka akan dianggap sebagai kebebasan berucap. Rakyat boleh membuat laporan terhadap perkara ini atau secara terang-terangan bercakap mengenainya,” katanya.

TTF: Perkara ini tidak baru dan telahpun berkuatkuasa sejurus selepas Mahathir bersara dari kerajaan pada tahun 2003.

Sebelum itu, ramai ditangkap dan diseksa hanya kerana menyuarakan pendapat yang bercanggah dengan pendapat beliau.

Jadi usahlah Mahathir berpura-pura seolah-olah beliaulah yang menyebabkan kita bebas bersuara hari ini.

Sekiranya betul kita bebas bersuara, Dato’ Azwanddin tidak mungkin ditangkap dan dihina polis hanya kerana memperjuangkan keadilan untuk seorang Melayu-Islam yang terkorban akibat sifat rasis dan anti-Islam Waytha Moorthy dan Ganabatirau.

Dari sini sahaja, jelas dapat dilihat bahawa kebebasan bersuara lebih tersekat hari ini berbanding dengan zaman pentadbiran Najib.

Malah, bukan hanya undang-undang kita tidak lagi berdaulat, ianya berteraskan prinsip “rule of Mahathir,” iaitu satu doktrin diskriminasi yang bertujuan menyeksa, menakutkan dan mengaibkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat.

Ini sekaligus bermakna Rukun Negara tidak lagi relevan hari ini.

Diadaptasi dari: Utusan Online

Loading...

Comments

Comments


Loading...